Because you cannot open Facebook Video

I personally love the part when he said,
It's sad. But I can't be greedy, we've both had a good life together

video



Love,
Mike

Currently My Favorite Video On The Net

I personally love the part when he said,
It's sad. But I can't be greedy, we've both had a good life together



Love,
Mike
Kansai

Mimpi Realiti

Tulisan yang yang panjang.

Semalam berjaya tidur lebih 8 jam. Yeah!! Kejayaan. Mesti tidur sebab makan ubat alergi.

Sebelum ni makan ubat tidur pun cuma boleh dapat 4 jam tidur saja. Rasanya bangun sekali, mimpi ngeri nak bangun tapi letih (selsema) maka sambung je tidur; ke itu mimpi dalam mimpi?

Yang pastinya, mimpi selepas itu buatkan saya terduduk berfikir panjang pagi ini. Bagaimana realiti hidup itu kadangkala lucu dan kadang kala sengaja ingin menjentik “hati batu” seorang lelaki bernama Mike.
Mike yang bermaksud “The most amazing boy in the world” : mengikut urban dictionary https://goo.gl/gHLWmI
Mike yang bermaksud “Who is like god” dalam Hebrew. https://goo.gl/lZcYWU
Mike yang juga merupakan nama yang paling popular di USA. https://goo.gl/vEIV6c 

Dan tentunya nama Donald yang juga dikongsi bersama seekor itik Disney yang popular dan tidak lupa juga nama bakal President USA(yang akan memusnahkan dunia?)

Ok, jauh melalut, kembali kepada mimpi. Rasanya mimpi ni dipengaruhi dengan aktiviti beberapa hari ini di mana saya berpeluang meluangkan masa bersama keluarga terdekat di UK. Sepupu saya Nelda dan anak buah saya Adam. Beberapa hari ini membuka semula cerita-cerita zaman membesar yang dah lama tidak disebut. Kisah 16 tengkorak manusia yang keluarga kami warisi, kisah di puncak bukit di mana kami sekeluarga menghabiskan masa membesar. Kisah di mana sebahagian besar awal hidup saya diluangkan dengan pengalaman2 yang tidak ramai anak2 Kadazan alami. Pengalaman duduk dan melihat serta menjalankan upacara2 berkaitan dengan animisme bersama datuk saya.

Mimpi semalam bermula dengan saya berjalan melalui bangsal dimana tengkorak kepala manusia yang kami warisi ke rumah kayu 2 tingkat di mana saya membesar dijaga oleh makcik saya buta penglihatan. Mama Besar. Seterusnya peristiwa bagaimana saya membaca sehelai kertas Alif Ba Tah yang ayah kepada Adam, abang Azmi berikan. Saya baca hingga tertidur tanpa mengetahui apa maksud tiap patah perkataan dalam tulisan rumi itu. Mama besar tutup lampu bila dia dengar saya sudah berhenti membaca. Peristiwa dimana saya terduduk di depan datuk saya, Moing Babah kerana keliru tidak tau apa yang perlu dilakukan kerana dia muntah-muntah tanpa henti. Peristiwa Ular sawah yang masuk ke rumah dan akhirnya jadi hidangan “pusas”. Semua kejadian ini berlaku bagaikan saya melihat cerita dalam TV.

Namun sebahagian besar mimpi adalah dimana saya duduk di dapur rumah usang itu memasak sup ayam yang selalu Mama Besar sediakan untuk saya bila saya demam. Kami berduduk dan berbual panjang tentang semua pengalaman yang saya lalui selama saya berkerja, dan beritahu dia juga yang kali ini cabaran saya lebih besar kerana saya akan ke UK untuk pengajian yang lebih sukar. Dia nasihatkan saya untuk sentiasa jaga makan sebab dia tahu badan saya lemah dan mudah jatuh sakit. Perbualan sangat panjang hingga di satu ketika saya tahu, semua perbualan ini adalah mimpi. Logik datang dan memberitahu saya bahawa saya di dalam mimpi.

TIdak mungkin ini realiti kerana, rumah usang 2 tingkat ini sudah tiada lagi. Rumah usang ini adalah peninggalan terakhir yang saya terlalu muda untuk pertahankan.
Tidak mungkin realiti, kerana perbualan panjang terakhir saya dengan Mama Besar adalah di katil Hospital Queen Elizabeth . Sehari sebelum dia meninggal dunia dan ketika itu saya masih dalam pengajian tahun akhir di UKM.
Tidak mungkin realiti, kerana perbualan panjang tentang pendidikan dengan Mama Besar adalah beberapa hari sebelum saya terbang ke tanah besar Semenanjung Malaysia.

Tidak dinafikan, antara penyumbang kepada perjalanan ilmu saya adalah Mama Besar. Saya adalah anak tunggal yang manja dan berpeluang untuk mula pendidikan awal KEMAS selama 2 tahun. Saya ingat lagi satu malam yang mana saya tidak habis2 menceritakan tentang kehebatan komputer kak Indut (Nelda), dan bagaimana saya mahu belajar ke bidang komputer. Saya ingat bagaimana tiap kali keputusan peperiksaan keluar dia tanya samada saya lulus dan ingatkan untuk ikut jejak langkah sepupu-sepupu saya.

Saya faham (atau cuba untuk rasionalkan mimpi), yang kini saya sedang hadapi cabaran yang lebih besar. Bentuk cabaran yang tidak pernah saya hadapi selama ini. Pengajian di sini amat sukar, kali ini bukan setakat jauh dari keluarga namun juga jauh dari segala yang saya biasa. Asing. Dua tiga bulan ini benar-benar menguji saya, diuji dengan pelbagai cabaran akademik, sosial dan juga benda-benda luar kawal. Cabaran yang menuntut saya untuk akur dan berjumpa doktor kerana menghadapi “tekanan”.


Sebenarnya panjang lagi nak ditaip. Tapi saya sudah berjanji untuk menyiapkan sebahagian kecik tugasan saya petang ini. Mungkin sambung masa lain.

Perbualan panjang semalam adalah sesauatu yang benar-benar saya perlukan dan saya bersyukur kerana walaupun dalam mimpi, saya dapat luahkan kerisauan dan sampaikan apa sasaran yang saya ingin capai dalam tempoh masa 5 tahun lagi.

*Doktor nasihatkan saya bahawa tekanan lebih serius jika tidak disedari lebih awal. Katanya jangan risau “Depression Is NOT a Mental Illness




Mike
Bristol.

Mukjizat?

Jumaat lepas separuh perjalanan untuk ke Bristol Royal Hospital Chaplaincy, hujan rintik mula membasahi bumi. Terpaksa saya berlari mengelak basah. Selesai solat Jumaat hujan berhenti, separuh perjalanan balik, hujan agak lebat. Berlari dan basah, sejuk dan sedikit "ter"sumpah.

Sambil menikmati roti canai di bilik, saya berfikir, lebih banyakkah pahala disebabkan perjalanan yang mencabar. Sejenak minda rasional logik saya mula berkata-kata (sebab dah kenyang kot). Dari awal pagi lagi saya dah tengok ramalan cuaca di telefon pintar, dikatakan akan hujan. Saya tidak edah, tanpa baju hujan, tanpa payung saya keluar. Bukankah aplikasi yahudi itu sudah diturunkan Allah untuk memudahkan manusia? Dan sebenarnya saya cuma boleh salahkan diri sebab tidak mengambil langkah untuk bersedia dengan ramalan yang sudah diberikan.

Hari ini saya terfikir pula (tiap kali kenyang akan fikir banyak), manusia begitu gigih mencari keajaiban!! Tanda-tanda kebesaran tuhan. Simbol! Kejadian! Mimpi! Mistik! dan banyak lagi, semua ini antara yang cuba dicari oleh manusia untuk membuktikan bahawa wujud kuasa lebih besar. Semua ingin kembali ke zaman mukjizat. Bila cerita tentang keajaiban, percayalah, saya amat faham kerana bukan sekali dua saya ditanya tentang keajaiban, tentang mimpi, tentang panggilan yang menyebabkan saya kembali kepada Islam. Bila saya kata LOGIK, maka ia bukan lagi boleh dijadikan sensasi media, dicari terus kepada cerita mimpi.

Kita terlalu taksub mencari benda yang tidak boleh diterangkan logik untuk mengukuhkan "PERCAYA". Tanpa kita sedar, di sekeliling kita sudah wujud pelbagai keajaiban. Penawar di dalam bentuk tablet. Pemindahan jantung yang memberikan nyawa kedua. Vaksin yang mengawal wabak. Sumber2 fizik, sain dan teknologi yang membolehkan kita mengharungi laut dan juga naik ke angkasa. Bukankah ini adalah "mukjizat-mukjizat" yang diturunkan untuk manusia? Dan sedih bila ada juga golongan yang menolak kepada nikmat yang diturunkan ini. Maka, nikmat yang manakah yang kamu dustakan?

*duduk sebentar,lihat sekeliling betapa banyaknya keajaiban di dunia.

Mike
Bristol.