PILIHAN atau PELUANG

PILIHAN atau PELUANG

Bukan sekali soalan itu ditanya kepada saya. Saya percaya apa yang terjadi pada kita setiap hari berlaku dengan 2 cara. PILIHAN atau PELUANG. Pada 12 tahun lepas ketika mengisi UPU apa yang saya PILIH adalah untuk keluar dari Sabah. Semua pilihan no 1 hingga no 8 pada borang UPU itu saya letakkan nama Universti-universiti "Oversea". Mendapat tempat di UKM adalah PELUANG yang diberikan pada saya oleh Allah.

Sepanjang berada di UKM, mustahil tidak pernah saya persoalkan adalah PILIHAN ini betul? Namun saya ditunjukkan oleh Allah untuk melihat semua yang berlaku dengan mata hati. Banyak kejadian yang berlaku, banyak perkara yang saya belajar dan juga banyak yang Bumi UKM ini berikan pada saya. Saya yakin Allah mahukan saya di bumi UKM ini.

Manusia akan banyak belajar dari pengalaman. Pengalaman di UKM merupakan salah satu pengalaman yang paling banyak membentuk "siapa Mike sekarang". Naik, turun, jatuh tersungkur dan bangun semula, banyak berlaku ketika saya di UKM, malah kisah tentang hidup dan mati juga pernah berlaku di UKM. 


KENAPA UKM?

Bulan Mei 2004 saya mulakan hidup saya sebagai Mahasiswa di UKM. Jika dikira sehingga hari ini, saya sudah berada di UKM selama 11 Tahun 4 Bulan. Dan dengan izinNYA, saya berdoa agar jodoh saya dengan UKM akan lebih panjang lagi.

Saya ingat selepas saya menamatkan pengajian saya, saya PILIH untuk berada di UKM. Ketika itu saya merasakan banyak yang UKM telah bantu saya dan dalam masa yang sama saya merasakan banyak perkara yang boleh saya sumbangkan untuk UKM. Pada awalnya saya cuma berkerja secara separuh masa di Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat untuk membantu beberapa pelajar mengendalikan Arrick Robot untuk projek penyelidikan mereka. Kemudian saya berpeluang untuk berkerja di Pusat Pembangunan Akademik beberapa bulan. 


Sepanjang tempoh saya berkerja di tempat lain setelah majlis konvokesyen tahun 2008, saya sentiasa mencari peluang untuk berkerja di UKM. Temuduga kali pertama di UKM tidak membuahkan hasil, Temuduga kali kedua adalah rezeki yang diturunkan kepada saya. Saya ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pegawai tadbir di Pusat Hubungan Antarabangsa dan melaporkan diri pada 3 Febuari 2009.

Berkerja di Pusat Antarabangsa merupakan ruang yang luas untuk saya meningkatkan lagi diri saya. Pelbagai pengalaman yang saya telah pelajari dan Bonus pelbagai Negara telah saya lawati. Saya membina peribadi saya sebagai Pentadbir yang Profesional. Pelbagai jawatan di dalam UKM dan luar UKM yang telah saya pegang sepanjang saya di Pusat Antarabangsa. Antaranya adalah koordinator Malaysia bagi Projek Erasmus Mundus, Koordinator Projek ASEAN Mobility (AIMS), dan juga jawatankuasa yang menasihatkan KPT dalam isu-isu Pertukaran pelajar.

Pembinaan profil peribadi melalui PHA telah memberikan saya satu imej baru. Bagai melekat panggilan "Mike Antarabangsa" itu pada diri saya. Dan pembinaan profil ini membuka ruang baru, beberapa tawaran menarik muncul. Tawaran untuk berkhidmat di tempat lain yang juga memerlukan pengalaman yang saya telah bina sepanjang bertugas di PHA. Tawaran untuk berkhidmat di luar negara, NGO dan juga tawaran yang datang dari kampung halaman sendiri.

Apa yang mereka tidak tahu ketika menyatakan tawaran tersebut pada saya adalah, saya PILIH untuk berkerja di UKM. UKM bukannya tempat sebagai batu loncatan yang menyebabkan saya terus berpindah apabila menerima tawaran yang menarik. Saya ingin terus membawa nama UKM.


MASA DEPAN DI UKM

Kini Peluang dan Pilihan muncul serentak. Saya PILIH untuk meningkatkan lagi diri saya, melengkapkan lagi diri saya untuk membolehkan lebih banyak sumbangan saya dipahat di sejarah UKM. PELUANG dan KEPERCAYAAN diberikan kepada saya untuk bercuti belajar bermula Oktober 2015. Saya pasti akan gunakan peluang ini untuk mempelajari segala yang perlu dan kembali berkhidmat untuk UKM. 

Peluang dan Kepercayaan ini akan saya jadikan cabaran untuk saya untuk terus maju ke hadapan. Beberapa orang yang saya kenali yang juga berkhidmat di UKM pernah berkali katakan kepada saya, ada peluang keluarlah, cari kerja tempat lain. Apa yang saya katakan kepada mereka, kita ada peluang untuk menambah baik apa yang sedia ada, setialah terus dan sama-sama kita cipta peluang di dalam bumi UKM ini.

#SayaSayangUKM







Percaya dan Yakin

Bulan lepas saya ada menyatakan rasa gusar mengenai masyarakat kita yang semakin hilang sifat percaya.



Seperti yang anda lihat, kenyataan saya itu mendapat banyak (lebih banyak dari biasa) komen dari rakan-rakan facebook saya. Apa yang saya boleh nyatakan adalah, rata-rata merasakan rasa percaya itu patut dihadkan. Apa yang menyebabkan kepada berlakunya emosi ini di kalangan kita?

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Betulkan jika saya salah, namun ini adalah antara perkara yang banyak disebutkan dalam beberapa pembacaan saya mengenai kehidupan. Pada pandangan saya bersangka baiklah dulu, walaupun kena ada had untuk bersangka baik itu.

Saya bukan hendak timbulkan rasa kesal terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh rakan-rakan, apa yang saya ingin kongsikan adalah lebih kepada apa yang saya percaya tentang cara hidup ideal sebuah masyarakat. Dan seperti biasa, saya suka untuk memberikan pandangan, dalam masa yang sama saya tidak menolak pandangan orang lain.

Seperti apa yang disebutkan di atas tadi, saya suka hidup yang berasaskan rasa PERCAYA berbanding rasa curiga, rasa YAKIN berbanding rasa takut, Rasa POSITIF berbanding rasa negatif.


*Banyak lagi hendak ditulis tentang PERCAYA dan YAKIN. Di lain masa. :)
**Mungkin sebab saya lebih suka pilih untuk percaya dengan manusia, maka kalau di pejabat atau di mana-mana tempat yang sesuai, meletakkan telefon atau dompet dan tinggalkan adalah perkara biasa untuk saya. Pernah beberapa kali ditegur oleh rakan kerja untuk jangan cuai, NAMUN saya katakan saya tinggalkan bukan kerana cuai, tapi saya pilih untuk letakkan di situ.


Selipar

Di dinding facebook terpampang gambar jemaah haji malaysia..

Agaknya dah berbeza keadaan di Mekah berbanding 2 tahun lepas..

Gambar2 tu buat saya teringat tentang salah satu benda yang saya sangat hargai ketika berada di Mekah. Selipar.

Betul, selipar... Hari kedua saya sampai di sana, waktu tengahari selepas Zohor, ketika keluar saya tak jumpa selipar saya. (ADIDAS Al-Ikhsan). Syaa yakin di pintu yang betul. Gagal mencari, saya balik kaki ayam. Panas tu blh tahan juga, rasa nak terkupas tapak kaki.

Sampai hotel, makan, rehat, dan sebelum kembali semula ke Masjidil Haram utk Asar, saya singgah kedai sebelah hotel. Minta selipar, pekedai kata 5 untuk 10 Riyal. Hairan, tapi saya beli saja.

Pakai satu dan jinjing lagi 4 pasang. Masa balik, saya pakai satu selipar saja dan lagi 4 saya tinggalkan. Mana tau ada yang macam saya tak jumpa selipar untuk balik nanti.

Maka selipar tu yang saya pakai hingga ke Madinah dan rasanya tertinggal di Hotel masa berkemas balik. Tak ingat masukkan dalam beg lepas pakai kasut.

Saya bukan "Rabun IT"

Ketika belajar di peringkat Ijazah pertama, saya banyak melakukan kerja-kerja sampingan bagi mendapatkan sedikit duit poket ataupun sepinggan makanan percuma.

Antara yang saya lakukan adalah perkara yang berkaitan dengan komputer. 10 tahun lepas, walaupun komputer tidak lagi asing untuk kebanyakan orang, namun masih ramai yang masih di dalam kategori "rabun IT". Saya pernah mengajar seorang rakan yang pada awalnya tidak tahu cara untuk menghidupkan komputer sehingga dia boleh membaiki komputer (hardware/software).

Kemahiran ini saya gunakan untuk menampung sedikit sebanyak hidup saya di UKM. Pada mulanya saya cuma lakukan kerja-kerja ini secara sukarela. Kerja sukarela yang saya gemar lakukan adalah membantu pejabat HEP (sekarang JPPEL/PKS) untuk menyiapkan kerja-kerja berkaitan dengan komputer. Upahnya selalu adalah belanja makan. Antara kerja komputer yang saya lakukan adalah berkaitan dengan multimedia. (Powerpoint, membina video interaktif, memnghasilkan imej poster dan lain-lain). Selain daripada upah kerja multimedia ini saya lakukan kerana minat saya.

Saya telah hasilkan pelbagai "karya multimedia" sepanjang 10 tahun di UKM. Dan saya berkarya untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah :
  • Syarahan Perdana Professor
  • Rekabentuk Kad Kolej
  • Rekabentuk Baju
  • Multimedia program Universiti/Kolej/Kelab
  • Poster/banner/bunting
  • Grafik interaktif Web (adobe flash)
Jika dilihat sekarang, hampir setiap orang muda tahu menghasilkan "karya" seperti ini. Ditambah pula dengan pelbagai perisian baru yang mudah digunakan serta menyediakan template yang menarik. Jika dahulu, saya perlu memastikan tiap saat pergerakan karya diambil kira, kini komputer boleh melakukan semuanya. Dahulu bila saya berkarya, saya akan menggunakan lebih dari 3 perisian kerana tiap perisian tidak mempunyai kemudahan yang saya inginkan. Sekarang, multimedia mudah disediakan melalui platform web sekali pun, dan lebih mudah perisian di telefon pintar.

*Rasa sangat tua sekarang.

Antara Karya Lama

 
*Ok saya obses...


*Video pertama yang dibuat. ini untuk Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) ketika memegang jawatan Exco Penerbitan.




Dunia Nyata vs Dunia Maya

Kalau di dunia nyata, ada manusia yang akan membawa watak si pengadu domba, jajah cerita kepada ramai orang. Sebab dia tahu reputasi dia tak boleh melindungi dia, maka cara yang paling mudah adalah untuk berkempen. Berkempen ni ada dua cara, 1) cakap diri sendiri bagus, atau 2) cakap orang lain tak bagus. Makin ramai orang yang dijadikan tempat mengadu domba, maka makin luas kawasan jajahan dia. Maka makin ramai orang yang dia capai, makin kukuh dia yakinkan diri sendiri yang dia tu betul. Di dunia maya, seperti mana-mana industri yang lain, kepantasan adalah kuncinya. Siapa yang lebih awal mengadu domba, merintih, atau berdrama akan di lihat sebagai pihak yang benar. Jumlah kekerapan merintih itu juga menjadi indikator. Tapi yang menjadi senjata di dunia maya adalah berapa banyak penghuni maya yang "menyukai" atau "berkongsi" rintihan itu. Disebabkan kuantiti adalah salah satu kunci, maka satu industri baru bertapak di dunia maya. Pahlawan kekunci, zombie, dan pelbagai lagi gelaran yang diberikan. Kesungguhan mungkin juga berkadar terus dengan jumlah habuan.

Tapi samada dunia maya atau dunia nyata, sebenarnya reputasi yang kukuh datang dari pengiktirafan dari orang lain. Buat apa letih berkempen kalau dah yakin diri tu benar.

Two wrongs don't make a right

"Two wrongs don't make a right"
I don't see that's makes any sense now...

You need to have someone's else dirt in you pocket.
Then figure on how do you get the leverage out of it.
Politically.

12 tahun, 2 generasi berbeza

Saya membesar zaman Komik.
Dari Doraemon saya belajar tentang teknologi akan banyak membantu dan menyenangkan. Dan dalam masa sama membantu saya untuk berangan2 yang kreatif. Sampai sekarang saya masih nak tunggu saat Pintu Suka Hati jadi kenyataan.


Komik Mutiara Naga mengajar saya bagaimana berkuasa pun, hati kena baik. "Keep your friends close and your enemies closer". Nampak tak macam mana Goku begitu baik bagi ruang pada musuh2 dia yang akhirnya insaf.

Komik Misteri Naga mengajar bahawa Ilmu tu penting, kena berguru. Nak dapat ilmu tertinggi kena "step by step". Pedang Pantas Cara Avan cuma akan sempurna bila genap Dai belajar pencak-pencak Pancung Tanah, Pancung Ombak dan Pancung Langit. Dan lepas dah belajar dari Guru, tidak bermakna ilmu tu sudah sempurna, tambah baik lagi ilmu tu dengan benda-benda lain yang dipelajari. Dai cipta Pedang Pantas Halilintar yang mana lebih baik dari ajaran asal guru dia.

Walaupun buku2 komik tu banyak gambar dan kurang teks, banyak yang saya pelajari dengan cara membayangkan bunyi atau fikiran watak2 yang tidak ditulis dialognya.

Budak zaman millennium ni lagi hebat, buku-buku yang mereka baca penuh dengan teks, tiada gambar. Tebal!! Dan mereka akan menggunakan imaginasi untuk menggambarkan apa yang mereka baca kepada bentuk drama dalam fikiran. Kalaubyang malas, kena tunggu buku keluar dalam bentuk drama petang.

Saya umur 12 tahun baling kayu ke udara dan sambut sambil buat gerakan pedang pencak pedang.
Budak sekarang umur 12 tahun, pandang langgit tunggu bakal suami jatuh dari langit.



alif baa taa

Baru-baru ni terbaca seseorang tulis di Facebook yang ada yang dia baca/hafal selama ni sejak kecil hingga dewasa tanpa tahu apa-apa maksudnya. Yelah dalam bahasa Arab, mana nak faham.

Alif ke Yaa
Saya ingat huruf arab pertama yang saya ingat adalah yang di tulis oleh abang Azmi, suami kepada sepupu saya. dari huruf "alif" hingga huruf "yaa" ditulis atas kertas petak-petak (buku latihan matematik). Saya sangat obses dengan huruf-huruf itu hingga bawa ke katil dan cuba hafal hingga tertidur. Saya siap tipu Mama Besar kata lampu bilik dah padam. Walaupun buta, Mama Besar mesti tau saya tipu. (lupa bagitau, saya dari kecil lari rumah dan dibesarkan oleh mak cik saya yang buta penglihatan)


Umur saya masa tu rasanya 5 tahun. Saya ingat sebab tu tahun pertama saya di tadika KEMAS. Kertas yang makin lama makin kusam tu jadi teman tidur saya hingga saya tak ingat hilang di mana, mungkin tercicir di bilik. Rasanya lebih dua bulan malam saya ditemani kertas.


Rumi dan makna
Sampai sekarang, saya tak hafal lagi huruf jawi, saya ingat masa ke Mekah 2 tahun lepas, saya minta panduan bacaan doa yang ada tulisan rumi. Saya sudah merancang untuk saya ada masa 2 bulan kosong tiap tahun, 1 bulan belajar dan fokus dengan bahasa Arab, lagi 1 bulan tak pasti nak buat apa. Harap ni akan jadi kenyataan dalam masa terdekat. Ok. tak salah ada impian.

Cerita yang tertangguh...

Tiga tahun lepas, saya ada derafkan satu perkongsian tentang Shawal, sampai sekarang saya masih rasakan ada lagi bahagian dalam cerita itu yang tidak sempurna. Dan kerana itu sampai kini cerita itu masih ada di dalam kotak deraf..


*Tiga tahun dalam deraf
Hari ini saranan dari seseorang mengingatkan saya tentang diri saya yang suka bercerita. Saya suka menceritakan kisah saya membesar, kisah sekeliling, kisah yang saya nampak dan mengaitkan dengan apa yang berlaku. Tapi saya juga memang malas menulis. Sebab bila saya menulis, saya ingin tulisan itu sama seperti apa yang saya rasa dan ingin ceritakan, tapi mmg sukar hendak masukkan emosi dalam tulisan.

"The Road Taken" atau "jalan yang dipilih" saya bina untuk luahan diri 5 tahun lepas. Perkongsian pertama ditaip di dalam MH2616 ketika ke Sabah. Memang hasrat untuk menulis adalah untuk menceritakan kisah hidup dan jalan yang saya telah pilih.

Harap boleh terus menulis.



Makan Pasir?

When I grew up, It was not easy, but we still have the luxury to have at least rice + salt.

I often spend my time at "Tamu", an open market in Sabah, and some of the people I know there were very poor and some would say, "if no one come and buy from them, then the children at home will "makan pasir saja ah" (which mean we only have dirt for meal).
And I thought that was just a figure of speech.

Now I'm wondering about the expression "mana ada duit, mau potong daging saya baru blh dapat duit" (which mean - I dont have any money, You want me to cut a piece of my flesh?).


Salam Aidilfitri 1436 Hijriah Tahun 2015 Masihi

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri ini secara langsung mahupun tidak langsung




Tudung Raya?

Saya ada satu baju yang saya pakai sejak 4 tahun lepas..
Kalau beli baju baru pun kadang2 tak pakai pun sbb tak kisah pakai baju apa pun, nama dia baju juga...

Saya tengok hari ni, penuh gambar para gadis beli tudung, normal kan? Tapi esok tengok dia akan beli tudung lagi.. Dan harga tudung tu lebih mahal dari baju polo..

Tak kisah sebenarnya.. tapi takkan satu almari tu penuh dgn tudung saja?
Kalau saya nanti, bini minta duit beli tudung, saya bagi je... Beli lah harga mahal sekali pun.. Tapi limit dia 14 je la.. satu pakai pagi, satu pakai petang... cukup untuk seminggu... Kan lebih praktikal...?
Tannak lah banyak2 tudung kat rumah nanti, cukup masa jahit cantum-cantum semua tujung boleh buat langsir.. takpe sayang.. langsir tu beli je ye.. takya cantum tudung2 berlebihan tu....

*lawak tengok para gadis marah-marah dan menyumpah kat facebook sbb stok tudung yang dijual oleh satu jenama tu tak cukup....
— thinking about the meaning of life.



Bandar kaya yang miskin..

Kejadian bulan Mac lepas..

Sedang beratur di JayaGrocer.. Terdengar kanak2 menangis di belakang, nampak gadis kecik mungkin umur 7-9 tahun memeluk tin nestum menangis.
mak dia macam memujuk.. 

Sebab saya seorang yang penyibuk, saya ke arah berdekatan dan memasang telinga. Si Mak sedang memujuk anaknya kata "mak kena beli lampin adik, tunggu gaji mak beli nestum ye".
Si anak kecik sememangnya mungkin tidak faham tentang perlunya wang untuk berbelanja. Saya sewaktu kecik dulu pernah mengamuk/menjerit di tengah pasaraya kerana hasrat untuk membeli kereta mainan tidak ditunaikan.
Dijadikan cerita, saya beli tin nestum tu dan kejar si Mak dan berikan kepada si kecil. Mak dia cuba menolak, tapi kata saya takpa sbb saya mmg tak minum nestum, membazir kalau saya bawa balik.


Kejadian semalam..

Sedang saya membeli sedikit barang di JayaGrocer, tiba2 seorang wanita menyapa, dihulurnya nota ringit oren. Mula2 agak keliru, ingat wang tercicir. Kakak tu kata untuk nestum tempohari, nak tolak tapi kakak tu nampak bersungguh untuk membayar semula.
Ini bukan kejadian pertama, bulan puasa tahun 2012 saya pernah terlihat seorang mak cik agak berumur cuba memasukkan satu tin susu bayi ke dalam baju. Dia cemas dan dengan muka sedih letakkan semula dan kata, "jangan report ye dik, cucu lapar di rumah". Saya hulurkan 50 untuk mak cik tersebut.

Dua kejadian ini berlaku di Bangi, bandar yang saya kira cukup mewah dan pendapatan purata isi rumah pasti dalam kategori mewah.
Saya pernah merasai hidup serba kurang, tapi saya selalu dibukakan mata untuk melihat banyak lagi yang lebih susah.

Saya kagum bagaimana kuatnya seorang mak sanggup buat apa saja untuk anak-anak.
Saya juga kagum bagaimana seorang yang hidup dengan mengira kalendar bayaran gaji tiap bulan tidak ingin berhutang, ingat untuk membayar berbanding dengan insan-insan yang lebih beruntung yang lupa atau lebih teruk tidak mengendahkan hutang.
p/s: ada orang pernah kata, makin banyak duit orang tu sebenarnya makin banyak hutang dia. (hutang rumah, hutang kereta, hutang bini no 2, 3, 4....
— looking for the meaning of life.


Kongsi? Kongsi Gelap? Kongsi Dosa?

Antara sebab yang sepatutnya kita elakkan dari share benda2 berbentuk kutukan kepada sesiapa adalah kesahihan berita/cerita/coretan tersebut...
Jari2 kita di alam maya ni rajin saja nak share benda2 buruk, benda2 troll, benda2 yang menunjukkan pihak kita betul... (lantak pi lah kalau betul ke salah, ko tau dah lah.. ko nak cerita satu dunia buat apa?)
lepas tu kalau dapat tau benda tu tak betul/fitnah/bohong.. senang je kita delete.. so rasa hilanglah dosa "terfitnah tu".. Sbb dalam status tiada tulis jumlah orang yang baca post kita kan? cuba bayangkan.. kalau 5000 friend yang mempunyai 5000 friend dalam FB.. maka lebih kurang 25 juta orang lah dah baca (kasar)..
Tak rasa tanggungjawab kita ke utk terangkan pada 25 juta orang tu sorang2 dan cakap, "maaf post saya pada tarikh ini, masa ini sebenarnya silap.. kalau dah sebarkan juga blh tlg padam tak? takut nak menjawab kalau terberdosa"
So bukan tak boleh fikirkan sebelum tekan butang SHARE atau POST?
Saya ada terbaca tentang "Troll dan Sarkasm bukan Islamik" sempat baca tapi tak pula share..



Insuran

2-3 hari ni asyik terima panggilan dari bank dan insuran..

Di sebelah talian mengingatkan saya tentang umur yang meningkat(dan ucapan tahniah) lalu menawarkan beberapa jenis pakej perlindungan keluarga, insuran pelindungan anak, pelan pendidikan anak2, dan pelan2 berkaitan dengan keluarga.
Sedih juga saya terpaksa kecewakan gadis-gadis "telemarketer" dengan menyatakan "maaf, saya masih single"
Selamat pagi!

*Saya pemegang Kad Perubatan BSN Prudential


Skandal Swiss Bank Mike

Pagi tadi layan BBC, ada pembongkaran tentang wang simpanan di HSBC : Swiss tax-dodging scandal.
Dari berita itu, dinyatakan ramai yang cuak bila terbongkarnya nama dan jumlah duit yang mereka simpan di bank luar negara.

Siapa penyimpan2 ini?

Dari golongan korporat, politik, profesional hinggalah kepada suri rumah.
Kenapa nak simpan di luar negara? 2 yang utama, nak larikan diri dari membayar cukai.. Satu lagi nak sembinyikan duit kekayaan yang diragui.
Kalau di Malaysia, di kedai kopi pernah terdengar perbualan para suami tentang nak sembunyikan gaji dari isteri. Ini sudah ada jawapan caranya bagaimana!!
Dan secara spontan saya pun mencari maklumat mengenai cara membuka akaun bank di luar negara. Tapi tersilap alamat, masuk dalam web online akaun Cimbbank sendiri. Dan seraya itu hajat terus dibatalkan. Lebihan beberapa ratus tu nak sembunyi bawah tilam pun boleh... Bukan juta2...
Maka jujur saya katakan, tiada kekayaan saya yang dissmbunyikan.. Bukan sbb jujur tak sembunyi, tapi sbb tiada apa yang dapat disembunyikan.


Masa lalu yang gelap?

Saya tak faham kenapa media nak guna perkataan "bekas model playboy" sebagai kata ganti diri.. Orang tu ada nama, letak lah nama dia...

Sebagai contoh, kalau sebelum ni awek saya Vanidah Imran, saya taknak media tulis artikel ganti nama saya sebagai "bekas kekasih Vanidah akhirnya mendirikan rumah tangga"..
Apa perasaan bakal bini saya nanti kan?

Gambar sekadar hiasan
















Peringkat ke- 2 Majlis Konvokesyen UKM

Assalamualaikum,

Syukur alhamdullilah jalan saya dipermudahkan oleh Allah SWT dan diberi peluang untuk naik ke pentas dan menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2 November 2014. Sedikit coretan ringkas dari saya mengenai jalan 2 tahun menyambung pengajian sambil berkerja.






Konvo.. Belajar.. Konvo..

Ketika membuat permohonan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana pada tahun 2012, niat saya ketika itu sangat mudah dan ringkas. Ceritanya, majlis konvokesyen bagi Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2008, saya sambut tanpa keluarga disisi. Tanpa ibu dan bapa dan juga arwah mama besar. Ketika mengisi borang permohonan untuk mengikuti pengajian di GSB-UKM, fikiran saya sangat mudah.. saya dah kerja, saya nak habiskan belajar dan mahu ibu dan bapa saya berpeluang hadir ke majlis konvokesyen saya.

Saya ingat masa itu Pengarah PHA Prof Salina ada bertanya, "awak nak belajar ni ada niat nak sambung sampai peringkat PhD untuk jadi pensyarah ke" saya jawab "Tidak, saja nak luangkan masa hari Sabtu"
Sekarang jalan itu berubah, saya (InsyaAllah) akan menyambung pengajian di peringkat seterusnya pada tahun hadapan. Namun yang masih sama, saya belum ada niat lagi untuk menjadi pensyarah.


Kelas.. Kerja..Kelas

Jujurnya, cabaran untuk belajar sambil bekerja memang berbeza, ketika Isnin hingga Jumaat saya berkerja (Pagi PHA, Malam KAB). Hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 6 petang diluang untuk kelas dan hari Ahad untuk siapkan tugasan kelas dan seterusnya menyediakan diri untuk mula berkerja di hari Isnin. Dalam masa yang sama juga tugasan di PHA melibatkan perjalanan rasmi ke luar negara yang saya sentiasa cuba pastikan untuk balik ke Malaysia hari Jumaat agar dapat hadir ke kelas pada hari Sabtu.

Cabaran masa belajar sambil bekerja memang menarik, sepanjang pengajian pelbagai pengalaman dan cabaran yang saya hadapi termasuklah terpaksa menanguh 1 semester kerana cuti sakit selama 3 bulan untuk pembedahan lutut.




Cabaran.. Jalan... dan penyelesaian

Cabaran baru adalah perkara yang biasa sepanjang pengajian. Malah sudah menjadi kebiasaan, sehingga jika tiada cabaran akan rasa bosan. Cabaran-cabaran yang ada buatkan saya lebih matang, tegar dan (mungkin)kebal .

Selain dari Surah Al-'AlaqRamai yang memberikan sumbangan bagi memastikan kejayaan saya menggengam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Penghargaan tertinggi saya berikan kepada :

  • Ibu bapa saya kerana memberi restu dan kebenaran.
  • Adik-adik saya yang sanggup menggantikan saya untuk menanggung beban kewangan di kampung sepanjang saya menjalankan pengajian.
  • Majlis Agama Islam Selangor untuk biasiswa penuh bagi yuran pengajian saya.
  • Prof Salina yang menandatangani kebenaran untuk menyambung pengajian saya.
  • Prof Imran yang masih memberikan sokongan walaupun saya tahu tiap hari Sabtu tugasan pejabat (jika ada) saya terpaksa tinggalkan.
  • Rakan-rakan PHA yang banyak memberi sokongan.
  • Dekan, Pensyarah dan Kakitangan GSB yang sentiasa memberikan tunjuk ajar.
  • Suasana sekeliling UKM samada organisasi,alam flora fauna mahupun infrastruktur yang terus memberikan saya jalan.
  • Dan tidak lupa juga kepada arwah mama besar yang telah memberikan saya mata untuk melihat kepentingan pendidikan. Saya ingat dari umur saya 3 tahun, mak cik saya yang tidak mempunyai keupayaan penglihatan ini yang banyak memberikan sokongan kewangan dan dorongan untuk saya terus belajar.


Tidak lupa juga kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung yang mungkin saya tidak sebutkan dalam warkah ini. Sesungguhnya hanya Allah saja yang akan membalas segala jasa yang telah diberikan.

Jalan yang saya akan hadapi (dengan izin Allah) masih panjang lagi. Saya bersyukur kerana telahpun mendapat sokongan dari pentadbiran tertinggi UKM untuk saya menyambung ke peringkat seterusnya. Sokongan dari KPM untuk menaja pengajian saya yang seterusnya juga membuatkan saya merasakan, jalan yang Allah bina untuk saya penuh dengan bunga-bunga dan pelangi yang indah.

Semoga saya akan terus istiqamah dalam meneruskan pencarian dalam hidup yang sementara di dunia ini.

*tak larat nak taip, post yang panjang mungkin atau mungkin tidak disambung kemudan hari.

*gambar dgn ibu bapa dan adik dalam proses nak disiapkan :)

11 Nov 2014 2.00 pagi