Bahasa

Bahasa:
Slanga yang saya biasanya org lain sukar nak "tangkap" menyebabkan menjadi kebiasaan saya untuk menggunakan bahasa inggeris (terutamanya melalui telefon)
Dalam masa yang sama juga, melalui telefon, bila org di talian yang satu lagi memulakan perbualan dalam bahasa inggeris, maka saya juga akan teruskan perbualan dalam bahasa itu. Dan sering kali juga bila perbualan panjang, pemanggil akan tanya "can you speak Malay" (bukan sekali dua)
Penempatan kerja juga banyak mempengaruhi bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian.
Hari ini, di kawasan awam, golongan muda banyak menggunakan bahasa Alien atau Hibrid. Mungkin sbb pergaulan pelbagai bangsa. Bahasa seharian dirumah saya anggap sepatutnya masih dalam baku mengikut kaum masing-masing terutamanya jika ibu bapa adalah dari generasi Merdeka.
Tidak menyentuh kepada kaum lain buat masa ini, saya ingin fokuskan kepada bahasa kebangsaan. 
Apabila bila di kedai kopi waktu pagi, satu meja di tepi, semuanya Melayu dalam sekitar umur 50-60an mungkin. Bercakap sesama sendiri dalam bahasa inggeris. Buat saya terfikir : kalau seorang daripadanya mula bercakap bahasa melayu, agaknya perbualan akan terganggu

Panggilan Panjang ~~ Long Call

8 Ogos 2014 ada pengalaman baru dalam hidup. 
Berpeluang untuk hadir ke "Long Call Day" di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Memandangkan saya selalu lalu ke kawasan ini untuk ke Asia Mind Dynamics Publika, maka tiada masalah untuk sampai. Cuma kawasan sekeliling Mahkamah Tinggi ini, peraturan untuk meletakkan kenderaan macam tak wujud langsung. Bersepah kenderaan di tepi jalan.

Jemputan untuk ke "Long Call Day" ini diterima sehari sebelum kejadian. Masa terima mesej "would u do the honour for coming to my long call day tomorrow" serius tak tau apa benda yang mesej itu maksudkan. Dalam kepala fikir "budak ni suruh saya call dia lama-lama ke?"

Sebab taknak tunjuk jakun, saya cari di wikipedia tapi tak jumpa. 
wikipedia


Cuba google, nampak banyak kata kunci chambering, lawyer dan ceremony. Maka pantas saya fikir, mesti macam konvo ni dan masa yang sama saya balas mesej akan hadir.

Secara ringkasnya, melalui pencarian di laman web dan blog "Long Call" ni adalah upacara penerimaan masuk pelajar undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara. Dalam masa yang sama saya jumpa perkataan-perkataan seperti mover (penggerak), robe (jubah) dan heel (kasut tinggi).

Sampai 30 minit sebelum majlis (tak pasti kalau tepat sebut majlis). Masuk ke dalam Mahkamah Terbuka Bahagian Dagang, tak ramai sangat orang tapi difahamkan yang akan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara adalah sebanyak 8 orang dan salah seorangnya adalah pelajar UKM. Kalau tak silap 6 wanita dan 2 lelaki. Yang wanita dengan kasut tumit yang menambah ketinggian lebih kurang 3 inci ke atas.

Di dalam Mahkamah tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, tak boleh buat bising dan agak berprotokol juga. Majlis mula bila diumumkan semua berdiri bagi menghormati hakim masuk yang masuk. Yang menarik perhatian saya adalah pemuda yang tugasnya mengumumkan acara, suara lantang yang agak jantan dan dia pakai samaada skirt atau sarung. Jauh di depan maka kurang jelas. macam Kilt orang Scotland. Tugas pemuda ini macam juruacara majlis.
Kilt
Kilt













Majlis berjalan dengan "juruacara" ini mengumumkan nama "pelajar" yang akan "ditauliahkan" dengan nombor siri. Seterusnya ada seorang yang membacakan biodata "pelajar", memperkenalkan ibubapa pelajar dan seterusnya mengumumkan bahawa semua prosuder dan dokumen yang perlu untuk menjadi peguam telah disempurnakan. Mungkin ini yang dipanggil "mover". Selesai perkenalkan ada tiga orang yang duduk di bahagian "defendant" menyatakan tiada halangan atau setuju. Bila 3 "no objection Yang Arif" diterima. "Master" dijemput untuk menyarungkan jubah kepada pelajar yang telah menjadi "peguam". Itu yang saya faham dari pemerhatian majlis tersebut, mungkin banyak yang kurang tepat. Menarik majlis ini, macam penganugerahan Anugerah Diraja pula. 

Cuma terfikir, boleh tak selepas "mover" ni memperkenalkan "pelajar", "defendant" tidak menyokong. Atau tiba-tiba seorang dari yang hadir berdiri dan sebut "Objection Yang Arif!!!". Pasti jadi Drama menarik kan. Hahaha..

Lepas selesai semua pelajar ditauliah, hakim memberikan sedikit ucapan. Menarik hakim ni memberikan contoh zaman lalu (Shakespeare) dan contoh zaman sekarang (Kim Kardashian) dalam kata-kata nasihat dia. Kemudian hadirin semua diminta keluar dan peguam yang baru ditauliahkan bersama ibubapa diminta untuk berjumpa dengan hakim. Mungkin nak bagi kata-kata semangat atau nasihat kot. 

Dan seperti mana-mana majlis di Malaysia, ada makan FREE. Dari bacaan blog, dinyatakan tradisi di sesetengah tempat (Kelantan dan Johor) untuk pelajar menyediakan jamuan untuk hadirin. Yang kat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ni tak pasti pula, macam katering je...

Itu pengalaman baru saya minggu ini. Menarik juga profession seorang peguam ni. Protokol dan tradisi. Kepada yang baru secara rasminya menjadi Peguambela dan Peguamcara semalam, TAHNIAH diucapkan. Semoga lebih banyak menyumbang kepada masyarakat dan Negara.

Untuk Adik Fatin, 4 tahun di UKM pasti banyak mengajar tentang profesion yang dipilih ini dan juga tentang kehidupan di dunia luar. Luar dari zon selesa, bercampur dengan pelbagai ragam manusia. Dan percayalah 9 bulan "diseksa" semasa membuat latihan sebagai seorang peguam, jangan kira berapa banyak kali perkataan "saya nak berhenti" yang disebut. Semalam telah membuktikan "bangun" itu lebih penting dari mengingatkan sakitnya jatuh. Semoga terus cemerlang di masa akan datang. :)




Nasi putih, telur dadar 2 dan kicap

Setelah lebih kurang sebulan Kafetaria Pengkalan Selera di KAB ditutup sempena bulan puasa, saya berkunjung semula untuk rutin yang biasanya dibuat sekurang kurangnya 2 minggu sekali.

"Jun, menu biasa" Jun(lelaki) ni nama panggilan salah seorang pemuda dari Indonesia yang bekerja di kafetaria ini. Dia sudah biasa dengan "menu biasa" yang saya jadikan rutin. Jika dulu sekitar tahun 2004 - 2008, ini menu yang selalu saya minta pada Syuk atau Maniam. Syuk dan Maniam mungkin tidak perasan menu yang saya selalu minta ini,kerana ketika itu saya cuma pelajar dan "baru" menghuni KAB.

Semalam Jun bertanya "kenapa abg selalu minta menu ni"?
MFM : "selalu ke?"
Jun : "selalu seminggu sekali juga abg order"
Saya senyum dan jawab, "saya rindu menu ni, mungkin menu ini buat saya ingat selalu siapa saya"
Dia garu kepala..

Pernah juga ada pelajar yang tanya kenapa saya order menu ni. Apa yang istimewa?
Apa yang istimewa dengan Nasi putih, Telur dadar 2 dan kicap. (Tiada sayur pls)

Ketika masuk ke UKM dulu, saya bukanlah seorang yang cukup dari segi kewangan, hutang pengajian tidak pernah habis bayar. 6 bulan selepas konvokesyen baru selesai yuran pengajian saya.
Makanan seperti ayam penyet, Nandos, KFC dan banyak lagi bukan lah menu yang dirasai selalu. Bila duit pinjaman masuk barulah merasai sikit menu-menu "mahal" ini.

KFC? Pengalaman masa kecil, KFC adalah makanan yang "paling istimewa" mungkin setahun sekali dirasai. Jika dapat pasti akan simpan untuk lauk hari esok seperti takut sangat tiada peluang lagi merasainya.

Di UKM, jauh dari kampung halaman, pengalaman "mencatu duit" untuk hidup sangat berharga. Semakin hujung semester, semakin hilang peluang merasai nasi berlauk, dan makanan ruji adalah nasi + kuah (walaupun saya mmg tak suka kuah). Kicap lebih sedap dari kuah kurma atau kuah ayam masak merah.  Berapa harga yang perlu dibayar? nasi putih (banyak) dan kuah saya cuma perlu bayar RM 1 ketika itu.



Maka itulah cerita Nasih putih dan Kicap. Dari mana datangnya telur dadar 2?

Salah satu bab dalam kehidupan di kampus saya adalah ketika cuti. Semua orang balik, saya selalunya tinggal di kolej saja. Kalau cuti panjang, memang seoranglah ceritanya.
Ada satu cuti yang tidak saya lupakan, ketika itu cuti hari raya, semua balik ke kampung halaman masing-masing. Hujung semester, duit memang dicatu. saya ke kafetaria dan lauk yang dihidang hampir habis. Tak ramai pelajar dah, maka chef masak sikit sahaja. Maka saya ambillah Nasi Putih, dan simbah kicap. Bukan tiada lauk lain, kuah2 dah kering yang tinggal cuma sayur. Saya tak makan sayur.

Saya ke kaunter, Maniam di situ.
Maniam: "adik hari ni last buka tau, semua mau raya. Cuti satu minggu."
MFM: "mana mau cari makan?"
Maniam: "tak tau, Bangi pun mesti kosong"
MFM: "takpalah bang, saya tinggal saja sini"
Maniam: "ni saja? tidak mau lauk? takpa saya belanja hari ni, 2 biji telur, laki mesti ada 2 kan?" (dalam kepala saya, siot gak pakcik ni, tapi dia nak belanja, senyum je lah) "mau rebus atau goreng?"
MFM: "buat dadar kosong, tannak sayur, tannak bawang"

Lepas seketika, dia bawa telur dadar 2 kosong. Dan jumlah yang perlu dibayar. RM1.

"Kejap dik, nah ni roti, bukan ada budak dah sini, ambillah, banyak kedai tutup, kedai cina di KTM tu mungkin cuti 2-3 hari juga"
Dia hulurkan roti susu saiz jumbo. Terharu dan terima.

Dan itulah makanan paling mewah saya ketika duit betul2 tinggal 1 angka. Dan sangat nikmat dan enak sekali menu itu.

Dan roti susu saiz jumbo itu? Itulah bekalan saya selama 3 UKM bercuti dan rasanya tiada pelajar dan staff pun yang ada di kampus.


Nasi putih, telur dadar 2 dan kicap masih enak sehingga sekarang. Juga sebagai santapan rohani untuk saya tidak lupa asal-usul saya suatu masa dulu.

Ramadan ke-4 2014

Tengok "post" kali terakhir bulan April 2013. Wow, bersawang...

Dalam "draft box" ada 4 article yang tidak disiapkan, mungkin belum masa untuk dipaparkan di blog ini.

Kali ini kisah tentang Ramadan yang ke 4 dalam hidup. kali ini agask singkat rasanya, mungkin kerana kesibukan dan juga banyak perkara yang berlaku sepanjang ramadan ini membuatkan masa rasa cepat berlalu.

Banyak perkara yang saya syukuri, anugerah dan hadiah yang dikurniakan oleh Allah swt.

Antara perkara, perkara yang berlaku sepanjang ramadan ini adalah, persediaan cuti belajar.

Pada akhir bulan Mei lepas, saya mendapat berita gembira bahawa permohonan pinjaman MARA yang saya pohon pada Feb telah diluluskan. Dalam masa yang sama juga permohonan untuk menyambung pengajian di Durham University telah diterima. Syukur impian untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi dipermudahkan.

Sepanjang minggu pertama ramadan saya isi dengan persediaan untuk sambung belajar. Permohonan cuti tanpa gaji di UKM, Ujian IELTS, dan keperluan-keperluan lain MARA.

Di bulan ramadan juga keluarga saya  diuji degan kehilangan saudara terdekat iaitu pak cik saya Francis@Kuibol Lobiun. Pakcik ini yang lebih mesra di panggil "papa muda" banyak membantu ketika kami adik beradik menyambung pengajian. Saya ingat kegembiraan kami adik beradik setiap kali dia datang bertandang ke rumah selain daripada "wang saku RM5" yang sering dihulurkan untuk kami adik-beradik. Semoga dia lebih tenang di sana.

Kehilangan papa muda membuatkan saya berfikir panjang tentang niat untuk sambung belajar. Meninggalkan keluarga selama 3 tahun dengan cuti tanpa gaji pasti akan memberikan cabaran yang lebih untuk adik-adik saya yang ada disini.

Tidak sampai seminggu, pada 15 Julai saya menerima surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang permohonan biasiswa HLP Hadiah Latihan Persekutuan diluluskan. satu lagi berita gembira. Biasiswa cuti bergaji penuh!!!

Agaknya ini lah jawapan kepada doa saya. Doa dari insan yang jauh sekali dari definisi sempurna.

Saya lihat peluang yang diberi oleh KPM ini adalah peluang bagi saya untuk menyambung pengajian dan dalam masa yang sama membantu keluarga.

Dipendekkan, saya terima biasiswa HLP tersebut dan pengajian ke Durham University ditangguh ke sesi 2015/2016.

Ramadan sentiasa istimewa untuk saya. Cuma saya masih lagi mencari kegembiraan di bulan Syawal yang secara jujurnya saya belum temui hingga hari ini.

Simen atau marmar

"Siling masjid ni di perbuat dari simen atau marmar?"

Tajuk perbincangan semasa sarapan pagi.

Kbai.

Nak ke masjid Quba





- Posted using Apple Device

Kejar syurga

Lepas solat Zohor.
Luar biasa ramainya hari ini.

Ketika hendak keluar dari Masjidil Haram, ramai berpusu-pusu keluar dan ramai juga berpusu2 masuk.
Maka terjadilah Trafik Jammed.

Terkeluar keluhan dari mulutku "tak sabar2 betul"

Sorang hamba Allah di belakang berkata "mestilah, semua berkejar ke Syurga"
(Rasanya org malaysia)

.

Insaf, kesal keluarkan keluhan itu.

Ya, mereka masuk mengejar sesuatu, sedangkan saya dalam ketika keluar itu aka ketika termotivasi sbb ditolak dari belakang. (Dikejar)

"Seronoknya mengejar daripada dikejar"



Jemaah sedang keluar


- Posted using Apple Device

Shampoo

Balik dari solat Asar, singgah kedai beli sabun dettol n shampoo rejoice.

Masuk bilik, Haji Saiful tanya "beli apa?"

"Sabun dan shampoo aji" jawabku.

"Buat apa shampoo?" Hj. Saidul pandang hairan.

Tadaaa...




- Posted using Apple Device

Berteman tak berteman?

Aku kata kat dorang "untung awak bawa isteri ke mekah, ada teman".
Dorang kata, "untung awak datang sorang, takya shopping lama2".



Penjaja kecil-kecilan di Mekah

- Posted using Apple Device

Haji, Hajjah dan McD

Sampai saja di Tanah Suci Mekah....

Turun dari flight 9 jam, dengar org sebut "haji.. Haji.. Cepat haji" (pekerja bangladesh rupanya)

Kat sini, laki akan di panggil Haji dan wanita akan dipanggil Hajjah..
So kalau dengar saja org jerit/sebut haji.. Saya sentiasa toleh.. Mungkin dia panggil saya.. Mungkin org lain..


McD..

Masa nak tulis arrival card, sorang pegawai Imigresen offer utk bantu..
Masa bagi pasport, dia pandang saya terkebil2 kebil...

YOUR NAME? (Dia tanya)
Yes.. (Jawabku)

Dia gelak..
Why? (Hairan dan kutanya)

Good name, very delicious restoran... (Sambil tunjuk thumb up)

Yee.. Kat Saudi ni ada 2 restoran McD.



- Posted from my iPad

Allah dan Aku

Saya bukan penulis. Malah penggunaan Aku dan Saya pun tak pasti nak gunakan mana satu.
Saya bukan pengkaji sejarah mahupun sarjana dalam bidang sejarah.
Saya juga bukan seorang Mualim, Imam muda, dan juga pengkaji mahupun pakar hadis.
Saya adalah manusia biasa yang pentingkan diri sendiri dan percaya pada logik.

Ketika menaip artikel pendek ini, saya tidak mengunakan apa2 rujukan yang ada; internet, encik google, blog2 agama mahupun artikel2 copy-paste yang terlalu banyak di Internet dan laman sosial. Apabila terlalu banyak ustaz2, iman2 muda mahupun pakar sejarah EXPRESS di internet, saya memilih untuk jadi prejudis dan tidak mempercayai mana2 sumber yang ada secara langsung, cuba untuk memahami konsep pendapat dan percanggahan pendapat, cuba untuk bersetuju dalam tidak setuju.

Oleh itu, sesiapa yang membaca artikel ini, sila kosongkan jiwa dan bacalah dengan penuh "bona fide".
Sebarang pendapat dialu-alukan, pendapat dengan prejudis atau tanpa prejudis akan diterima. Dan sesiapa yang berminat untuk memberi komen, saya mungkin akan atau tidak akan membalas komen anda kerana tujuan asal artikel ini bukan untuk menidakkan segala konsep dan pendapat yang telah ada tetapi hanyalah untuk meluahkan logik yang terbuku di hati.

Masjid Osaka : Jalan yang lurus


Banyak yang boleh diceritakan tentang Osaka. Jika diizinkan akan diceritakan kemudian. Catatan ini adalah perkongsian pengalaman ketika mencari jalan ke Masjid Osaka.
Hadapan Masjid Osaka


  1. Salah satu kemestian yang akan saya lakukan ketika di luar negara adalah melawat masjid negara tersebut. Terutamanya negara yang mempunyai masyarakat Islam minoriti. Selain daripada melihat monumen tinggalan sejarah, museum, dan sudah tentu juga ke Hard Rock Café untuk koleksi baju.

  2. Setiba di Osaka, jadual dipenuhi dengan perbincangan dengan Osaka University of Economic and Law. Rakan di OUEL begitu seronok mengaturkan perjumpaan saya dengan pentadbir-pentadbir university termasuklah presiden dan pembantu Presiden OUEL. Ini berlalu hingga kepada makan malam. Maka Jumaat tamat begitu sahaja.

  3. Hari sabtu diluangkan untuk melawat Kyoto, bandar bersejarah. Tempat di mana banyak tinggalan lama seperti Kuil-kuil, istana-istana, museum dan juga taman-taman. Akan diceritakan kemudian jika berkesempatan. Balik agak lewat malam menaiki keretapi terakhir.

APA ASPIRASI SAYA?


  1. Seringkali ada yang bertanya, kepada siapakah sokongan saya? Saya akan menyatakan saya menyokong mereka yang bersama ASPIRASI MAHASISWA. (rujuk kepada tulisan En Anwar Ahmad http://anuar-ahmad.blogspot.com/2012/09/aspirasi-ukm-milik-semua-mahasiswa-ukm.html)
  2. Pengalaman saya ketika belajar kira-kira 8 tahun yang lalu, saya menyokong kuat kepada sekumpulan pelajar yang saya lihat sebagai IKON, yang saya percaya boleh memberikan imej baik kepada UKM. Saya memilih calon yang saya percayai.

Pilihanraya kampus, Arena Politik Negara dan Kepimpinan Mahasiswa

  1. Terdetik untuk menulis ketika menjelangnya pilihan raya kampus. Bukan tujuan kempen, bukan tujuan kritik tapi sekadar perkongsian tentang pandangan peribadi. Sejujurnya saya sendiri lebih selesa bercakap dari menulis. Namun teman untuk bercakap tentang isu-isu yang kritis agak kurang atau mungkin boleh juga dikatakan, kurang yang sehaluan untuk berbincang secara terbuka tanpa sentimen. 
  2. Pilihanraya kampus – PRK Arena Politik Negara – APN Apa kaitannya PRK dan APN? 
  3. Pandangan peribadi mengenai situasi sebenar, SANGAT BERKAIT RAPAT. Pandangan peribadi mengenai apa yang sepatutnya diamalkan, TIDAK PATUT ADA KAITAN RAPAT. 
  4. Izinkan saya mengupas dahulu mengenai APN. APN di Malaysia terkenal dengan pihak KERAJAAN dan PEMBANGKANG. Secara lazim kerana sudah terikat atau mungkin sudah menjadi budaya untuk pertandingan adalah satu lawan satu. Agak kurang pertandingan tiga pihak (selalunya pihak ketiga dipanggil BEBAS) hingga pilihan menjadi agak terhad. 
  5. Sekali lagi ditegaskan bahawa artikel ini adalah pandangan peribadi secara terus tanpa merujuk mana-mana fakta, hanya berdasarkan pemerhatian umum. Oleh itu, komen-komen mengenai statistik parlimen atau dun yang menjalankan pertandingan 3 penjuru akan saya abaikan. 
  6. Disebabkan situasi ini, maka pilih antara satu menjadikan sifat kempen lebih kepada “pilih yang terbaik antara yang buruk” ,”The lesser of two evils principle”, “saya sanggup pilih syaitan daripada memilih pihak lawan”, “Asal Bukan UMNO”, “Asal Bukan Anwar Ibrahim” dan sebagainya. 

Lumrah budak University


Every New semester:
Image Hosted by ImageShack.us

After 1st week:
Image Hosted by ImageShack.us

After the 2nd week:
Image Hosted by ImageShack.us

Before the mid-term test:
Image Hosted by ImageShack.us

During the mid-term test:
Image Hosted by ImageShack.us


After the mid-term test:
Image Hosted by ImageShack.us


Before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us


Once get to know the final exam schedule:
Image Hosted by ImageShack.us


7 days before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us


6 days before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us


5 days before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us


4 days before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us

3 days before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us


2 days before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us

1 day before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us


The night before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us


1 hour before the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us

During the final exam:
Image Hosted by ImageShack.us


Once walk out from the examination hall:
Image Hosted by ImageShack.us



After the final exam, during the holiday:
Image Hosted by ImageShack.us

yabedabeddu!!!!!!


Credit to


http://myfairytaleslife90.blogspot.com/2010/04/university-lifestyle.html



Aktiviti sihat

Aktiviti baru di bulan puasa
Kat tmpt nie



Rate kat sini agak murah jugak..
Ramai bebudak dan staff UKM, MFI, dgn GMI main kat sini.
Ada 2 gelanggang futsal dan 5 gelanggan badminton..

Dan ni lah aktiviti kami jumaat dan sabtu mlm..



P/s: "ke arah badan sihat tanpa keboroian"

- Posted from my iPhone

Kembali ke pejabat

Setelah bercuti selama 5 hari(termasuk sabtu ahad).
Saya kini kembali ke pejabat dan sekarang ini dalam MH 68 untuk bengkel Dasar Pengantarabangsaan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia di UMS, Sabah.

Flight agak penuh dgn orang2 yang pergi percurian bersama rakan2 MLM mereka.

Mengisi masa lapang dgn buku ini.



- Posted from my iPhone
Location:Sepang,Malaysia