TQ BOSS!!

Hari ini 3 kali saya dipanggil bos. 
Masa kerja pun jarang2 dengar orang panggil saya bos.

  • Panggilan Bos yang pertama adalah bila saya ke restoran ayam piri untuk makan tengah hari. Menu yang saya tempah tak adalah mahal mana, cuma £ 4.59 sahaja. Selesai makan, masa nak keluar tu, kedua-dua warga piri mengangkat tangan dan ucap "TQ Boss!!"
  • Yang kedua, bila saya ke kedai Kebab Berlian (Diamond Kebab) untuk makan malam. Masuk saja kedai, warga kerja kebab sapa "Good Evening Boss!! How can I help you today". Dan sesudah saya membayar dan melangkah beredar dengan pesanan saya mereka ucap "TQ Boss!!" Sekali lagi saya jadi boss walaupun cuma belanjakan £ 4.99 sahaja.
  • Ketiga baru saja berlaku tadi. Selepas habis latihan bola baling di kelab hari ini, saya singgah di kedai Pizza. Pesan pizza sederhana bernilai £6.00 sahaja. Selepas kira-kira 10 minit, pesanan siap dan sebelum saya melangkah keluar kedai warga pizza ucap "TQ BOSS!"


Untuk pengetahuan semua yang panggil saya boss hari ini adalah warga Bangladesh. (Kecuali warga piri, rasanya yang seorang lagi tu Pakistan)
Rakan-rakan saya yang di Malaysia cemburu? Jangan risau!! Anda ada peluang untuk dipanggil boss!! Tak payah kerja pun, habiskan harta sedia ada dan pergi ke mana, mana servis yang ada warga kerja luar negara. Buat masa ini di Mamak dah ada!! Lepas ni ada peluang lagi besar sebab ada lagi 1.5 JUTA yang berpotensi untuk masuk ke Malaysia. Anda nak di panggil boss? Biarkan mereka yang ambil kerja2 ini.
Kalau nak kurangkan peluang dipanggil boss, bolehlah paksa mana2 pengganggur yang masih belum kerja buat masa ni untuk penuhkan industri 3D yang "dikatakan berlambak" di Malaysia.

*Moral cerita ini : Membazir sikit hari ini sebab tak masak!!


Mike
Bristol.

1 comment:

  1. Dan sesudah saya membayar dan melangkah beredar dengan pesanan saya mereka ucap "TQ Boss!!" Sekali lagi saya jadi boss walaupun cuma belanjakan £ 4.99 sahaja. 2V0-31.19 exam dumps

    ReplyDelete