Mencari Cahaya

"Mencari cahaya"

Apa sebenarnya maksud di sebalik bait kata "mencari cahaya".
Dua patah perkataan ini sering digunakan apabila individu mencari sesuatu, mengapai sesuatu atau simbol kepada pencarian jawapan.
Hari ini antara hari di mana cahaya matahari menampakkan diri. Namun cahaya ini bukan segalanya untuk saya. Bukan segalanya yang saya cari. Suhu masih agak sejuk, masih di bawah 10 darjah. Yang dicari adalah kehangatan cahaya matahari yang kurang dirasai.
Ini membuatkan saya terfikir; "pencarian, harapan, kejayaan" ini adalah prespektif subjektif untuk setiap individu.
Adakah kerana masyarakat sentiasa percaya terang, putih, cerah adalah sesuatu yang positif, maka segala yang baik disamakan dengan apa yang dilabelkan masyarakat?
Mungkinkah ada individu yang sentiasa mencari gelap? Jangan lupa sentiasa ada manusia di suatu sudut dunia yang mengalami terang yang panjang dan tidak sabar menanti malam.
Dan tidak lupa juga, di galaksi gelap yang luas banyak lagi rahsia yang sentiasa dicari oleh manusia.







Mike
Bristol.

No comments:

Post a Comment