Perang Hits di Alam Maya

Menarik apabila ruang untuk membina keuntungan terbuka luas setelah wujudnya Internet. Antara yang popular adalah untuk menjadi sumber pengiklanan untuk google.
Maka dengan itu, wujudlah "para peraih iklan" seperti "cendawan selepas hujan". Bagaimana sumber kewangan ini boleh dijana? melalui jumlah hits atau jumlah pelawat ke laman kita, semakin banyak pelawat, semakin banyak peluang iklan di"ketik".
Antara perisian online yang boleh kita gunakan untuk menilai sejauh mana hebatnya penjanaan blog itu adalah "hypestat.com".
Baru-baru ini saya lihat banyak yang berkongsi atau "share" maklumat dari satu sumber blog ini. "media-info-semasa.blogspot.my"
samada betul atau tidak sumber itu, manusia2 di alam maya galak untuk ketik butang "share". Maka hasilnya, secara statistik

Blog ini telah menerima 483,000 pelawat Unik dan 1,830,570 jumlah pelawat
dengan kadar 3.79 subtopik bagi tiap pelawat dijangka pemilik web menerima $3,864.00/sehari (*kiraan kasar bukan sebenar)
Blog ini masih hijau lagi, baru dibina pada Ogos 2015 dan sudah berada di ranking ke 6 malaysia yang mana lebih 90% pelawat blog adalah dari Malaysia.
Tau apa yang lebih menarik? Tanpa siasatan rapi, kita takkan tahu siapa pemilik web ini!! Boleh jadi dengan mudahnya pemillik sembunyikan IP semasa membuat "posting" ataupun mengunakan beberapa admin dari pelbagai sumber ISP.
Dan ANDA, YA ANDA 97.2% dari pelawat web ini adalah penyumbang kepada sumber pendapatan mereka.
*Saya tannak ulas halal haram pendapatan ini, dan subahat atau tidak kalau menyumbang kepada pendapatan mereka sebab kopiah (Topi Agama) saya tertinggal di Malaysia.

No comments:

Post a Comment