Pembaharuan Pasport Malaysia di United Kingdom

Olaaaa'

Satu benda yang tidak sempat saya lakukan sebelum berlepas ke Bumi Ratu ini adalah memperbaharui pasport saya. Walaupun ketika itu pasport saya cuma boleh digunakan sehingga Jun 2016 sahaja. Namun saya tidak pedulikan kerana syarat untuk ke luar negara adalah pasport hendaklah masih aktif lebih 6 bulan. 

Prosuder pendaftaran perkahwinan
dan kelahiran anak
Maka kerana isu-isu yang akan menyulitkan saya untuk memperbaharui pasport di Malaysia, saya memilih untuk menguruskan perkara yang lebih penting seperti visa, insuran kesihatan dan lain-lain lagi bagi persediaan cuti belajar.

Antara perkara yang memeningkan untuk saya jika ingin memperbaharui pasport di Malaysia ketika itu adalah sejumlah dokumen yang perlu saya sediakan untuk membuktikan identiti diri. ini adalah kerana nama saya di dalam pasport dan dalam kad pengenalan adalah berbeza sama sekali. Dan seperti yag saya perlu ulangi banyak kali, agak sukar untuk mendapatkan pegawai yang memahami betapa pentingnya identiti dalam pasport saya. Dan perkara yang paling merisaukan saya adalah, apabila pertukaran nama dalam pasport berlaku, maka seolah-olah saya tidak pernah wujud bagi Universiti yang akan saya daftarkan diri kerana rekod akademik saya selama ini menggunakan nama asal saya iaitu "Mike Donald".
Tiap kali pegawai akan menyatakan, "tiada masalah", "pasti boleh" dan jawapan paling menjengkelkan adalah "lebih afdal". Kalau setakat sebut lebih "afdal untuk puaskan hati engkau" saya memang tak peduli. Sebab dari pengalaman saya sendiri, ketika mengerjakan Umrah saya tidak dibenarkan melepasi pintu imigresen untuk balik ke Malaysia kerana nama dalam tiket tidak sama dengan pasport. Memang pala hotak agen yang uruskan tu tak dengar cakap bila saya kata pastikan guna nama pasport.


Ok kembali cerita tentang urusan pembaharuan pasport.

Perkara yang perlu disediakan apabila ingin memperbaharui pasport di Luar Negara adalah sama seperti yang anda perlu sediakan di Malaysia. 


  1. Cari Kedutaan Malaysia yang terdekat. Untuk kes saya, saya terpaksa ke London kerana Kedutaan Malaysia dan juga Jabatan Imigresen Malaysia ada di sana. Kalau ragu-ragu boleh lawat alamat web http://www.jimlondon.net/. Alamatnya di 45 Belgrave Square, London SW1X 8QT, United Kingdom. 
  2. Dari laman web itu sendiri, ada diterangkan tentang proses-proses yang perlu dilakukan serta dokumen-dokumen yang perlu dibawa bersama. Antara dokumen yang perlu dan penting ada bersama adalah :
        • Pasport Anda
        • Kad Pengenalan
        • "Resident Permit" atau Kad Pelajar (mana yang berkenaan)
        • Duit Tunai (£41 bagi yang normal dan £21 jika anda adalah pelajar dibawah 21 tahun)
        • Untuk saya, saya bawa sekali surat beranak dan Kad Islam bagi membuktikan nama asal seperti pada pasport.
  3. Dapatkan tiket bas/keretapi/kenderaan anda untuk ke destinasi. Untuk saya servis termurah dari Bristol Ke London adalah dengan menaiki bas National Express, kira-kira £18 sahaja untuk perjalanan 2 hala. Bila tiba di London, jika anda seperti saya yang berhenti di "Victoria Coach Station", Malaysian Hall ini kira-kira 10-20 minit berjalan kaki dari stesen.
  4. Pastikan anda mengambil bas awal pagi kerana masa untuk proses permohonan pasport diperuntukkan dari jam 9 hingga 12 pagi sahaja. Tiba sahaja di Pejabat Imigresen Malaysia UK, anda perlu mengemukakan dokumen-dokumen anda kepada kaunter penerimaan, anda diminta untuk mengisi maklumat seperti (Nama, Alamat dan No telefon) di kaunter tersebut. Jika anda tidak membawa salinan fotostat kad pengenalan dan Visa anda, JIM ada menyediakan mesin fotostat layan diri dengan caj £0.20 sehelai.
  5. Baiknya di sini, anda tidak perlu mengisi borang, anda akan diberikan nombor giliran dan apabila no giliran anda dipanggil, anda hanya perlu terus ke kaunter permohonan yang juga dilengkapi dengan kelengkapan kamera digital untuk gambar pasport anda. Prosesnya sangat pantas kerana tidak ramai yang datang ke jabatan ini. Tujuan mereka yang datang ke JIM adalah bagi urusan pasport, visa dan juga daftar perkahwinan.
  6. Selepas selesai proses di kaunter permohonan dan pembayaran, anda akan diberikan resit yang juga tertulis masa untuk mengambil pasport yang telah siap. (3-4 petang). Maka selesailah proses tersebut selepas mengambil pasport di petang hari.
  7. Perkara yang juga penting perlu diingat sebelum pergi ke JIM, semak status sekatan ke luar negara anda (PTPTN,PINJAMAN,CTOS dan Lain Lain). Anda boleh semak status ini di http://sspi2.imi.gov.my/. Jangan ingat sebab anda telah ada di luar negara, maka anda tidak di senarai hitam. Jika anda dalam senarai sekatan tersebut, maka selesaikan dulu jika tidak proses pembaharuan pasport tidak dapat dijalankan.
Proses permohonan cuma mengambil masa kurang dari 1 jam, maka jika anda ada masa yang lebih banyak perkara yang anda boleh lakukan...

  • Sebelum bersiar-siar, anda boleh beli sedikit makanan Malaysia di restoran kecil JIM
Nasi Lemak £3.50 dan teh tarik £1.50
  • Anda boleh bersiar-siar ke Buckingham Palace.

Masa ini ada perbarisan pertukaran pengawal Istana.
  • Anda boleh lawat kawasan sekitar Green Park.

Terjumpa Uni Lim Kok Wing. Nampak tulisan IM4U tu?
  • Anda boleh naik ke tingkat atas JIM untuk lawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia London.

Kebetulan ada sesi bersama menteri di Suruhanjaya Tinggi Malaysia London.

  • Dan kalau anda seperti saya yang ada stok awek di London, bolehlah melawat awek bagi melepas rindu.
Kiri tu gadis Itali, gadis genit di kanan tu mix British+Brazil.
On your face Reza!! :p
Maka itulah proses-proses jika anda ingin memperbaharui pasport anda di United Kingdom.

Kalau anda tau cara lain yang lebih mudah, (dengarnya International Office boleh bantu) sila bagitau di ruang komen. :-*


Tchauu!!


Mike
Bristol.


No comments:

Post a Comment