Mainan tidur..

Balik agak lewat hari ni. Agak letih selepas menghadam teori-teori yang agak asing dari bidang yang diceburi.
Bermula dari awal pagi yang agak keliru. Terbangun awal mencari durian. Kenapa?
Rasanya sebab letih yang amat dari perlawanan bola baling petang ahad. Balik terus tidur semalam.
...

Terjaga dari tidur di sofa apabila dikejutkan. Saya pandang. Agak kabur sbb mata masih separuh terbuka. Apabila sudah jelas, dia telah berlalu ke depan, cuma kelihatan susuk belakang.
Malas untuk bergerak, saya tanya, "kenapa kejutkan?"
Dia jawab,"letihlah, terasa tiba2 mengidam pula"
"Mengidam? Mengidam apa pula?"
"Terasa nak makan durian?"
"Hah!! Durian? Mana nak cari durian, tengok kat luar tu pun daun pun tak ada apa kat pokok.. Kalau ada pokok durian boleh tumbuh di sini pun, memang bukan musim dia"
"Bukan saya yang nak"
"Bila masa pula kau pernah makan durian? Kau tau ke durian tu busuk"
"Nak juga!"
"Ok2, saya keluar cari"
Tergesa2 saya bangun sampai terjatuh.
Bangun semula. Ehh.. Saya di dalam bilik kecil ni pula..
...
Macam-macam betul lah mimpi ni!! Ni mesti sebab letih sgt..
Ok, hari ni pun agak letih membaca, harap boleh sambung mimpi. Kali ni nak berusaha tengok muka heroin wanita dalam mimpi tu.
*mimpi dah mula tukar bahasa bumi ratu pula, siap ada sarikata lagi.
😴😴😴😴
Selamat malam bumi Ratu...

No comments:

Post a Comment