Rojak Kehidupan

Assalamualaikum!! 
Selamat Tahun Baru 2016 Masihi!!


Sebenarnya nak masukkan entri ini lebih awal, namun sebab kemalasan diri yang amat sangat maka ianya tertangguh. Hasrat untuk menulis santai sebulan 2 kali pun tak tercapai lagi. Maka muncullah entri malas yang pendek ini.



Semua orang sebut tentang azam tahun baru. Seingat saya saya, saya jarang tetapkan azam yang jauh ke depan atau secara tahunan. Apa yang saya boleh senaraikan secara sepintas lalu adalah senarai cita-cita kecil dan hasrat yang pernah tercapai dalam tempoh 5 tahun ke belakang ini.








  • Anugerah APC (Hasrat awal 3 bualn pertama selepas bekerja)
  • Mengetuai projek yang besar dalam kerjaya.
  • Pengislaman.. (hampir 5 tahun tangguh, kalau rajin saya tulis nanti)
  • Melancong sambil berkerja.
  • Pengiktirafan dalam kerja. (selain APC)
  • Bawa ibu bapa bergambar masa konvokesyen. (Tu sebab utama sambung belajar secara separuh masa di GSB UKM)
  • Bawa ibu bapa melancong.
  • Umrah. (bukan hasrat, tapi dapat peluang dan keputusan untuk ke UMRAH tu sebenarnya dibuat 10 hari sebelum berlepas)
  • Menghadiri dan mentauliahkan diri dengan kemahiran tambahan. (NLP, TLT, PLF, Kejurulatihan Bola Baling)


Rasanya banyak lagi, sesetengah impian jangka panjang, sesetengah hasrat yang tercapai atas perancangan jangka pendek.

Tahun 2015 pula adalah tahun yang sangat mencabar, tahun yang banyak menghentak, mengangkat kepuncak, dibaling pula dari puncak hingga terhentak ke kerak bumi. Banyak yang boleh saya pelajari dan banyak juga yang boleh saya letak label "Never Again!".

Saya harapkan yang terbaik untuk tahun-tahun akan datang dan semoga saya boleh meningkatkan lagi kekuatan diri bagi merancang dan melaksanakan yang terbaik untuk diri saya dan seterusnya untuk sekeliling.




*Lambakan gambar diri sendiri ini sekadar mengingatkan saya tentang satu entri yang sudah agak lama di ruangan deraf. Cerita tentang pakaian, topeng dan watak yang dibawa dalam kehidupan harian saya, tentang penerimaan manusia, tentang pandangan manusia.

Nantilah, saya memang suka menulis dan letakkan di bahagian deraf agar saya ingat untuk menulis secara terperinci apabila tiba masa yang sesuai.

Mike
Bristol.

No comments:

Post a Comment