Apakah neraka yang saya lakukan di sini?

"What the hell am I doing here!!"
Sebagai Pembentang di kelas UER
Ini ayat yang keluar dari mulut saya ketika minggu kedua di Bristol. Tiap butir perkataan itu memang keluar dari mulut saya ketika saya sedang tekun membaca lambakan jurnal dan artikel sebagai persediaan untuk "Understanding Educational Research".

Banyak perkara yang bagaikan butiran peluru ais yang bertalu talu menembak badan yang sedang berjalan di kawasan lapang yang panas. Panas hingga mengingatkan kepada neraka. Butiran peluru tersebut pula menyakiti badan tapi dalam masa yang sama menyejukkan badan yang sedang di dalam kepanasan.

Mengapakah saya memberikan analogi ini?

Ketika tiba di sini banyak persoalan yang muncul, cabaran-cabaran yang dilalui ketika proses persediaan dan macam-macam lagi. Dan pengalaman ini memang menyakitkan. Setelah tiba di Bumi Ratu ini, segalanya nyata, dan tiap soalan, tiap kritikan malah tiap kutukan membuatkan saya yakin segalanya adalah realiti. Ya, menyakitkan namun juga melegakan kerana saya pasti yang ini adalah realiti, bukan lagi mimpi.

Perjalanan saya di sini umpama kawasan lapang yang sangat luas, luas hingga tidak kelihatan apa ada di ufuk timur, barat utara dan selatan. Terlalu banyak kemungkinan, terlalu banyak peluang.
Antara Sabahan di UoB

Ini yang saya rasakan, seminggu pertama, saya gigih berjumpa dengan penyelia Prof Sally Thomas dan berjumpa dengan beberapa orang lagi pensyarah serta beberapa kumpulan penyelidikan. Seminggu pertama ini juga saya melakukan "reality check" apabila tiap satu cadangan penyelidikan saya dikatakan patut dilihat semula, kumpulan yang saya ingin kaji dikatakan tidak relevan, dan masa yang diperuntukkan dikatakan mustahil.

Panahan cinta bumi Nottingham
Pusingan kedua untuk saya berjumpa penyelia, satu perkataan yang keluar dari mulut beliau adalah "STOP, I don't want you to move too fast. Take step by step and focus on the courses first" Terpukul!! Dalam keadaan saya merasakan saya bergerak terlalu pelahan, beliau merasakan saya sedang tercungap-cungap untuk bergerak pantas. Beliau katakan pada saya tugas kesarjanaan saya disini adalah mengenai perjalanan, bukannya pada titik tamat. Dan diselitkan juga dengan nasihat untuk melihat setiap peluang lain yang ada di semua sudut pandangan.

Syukur alhamdullilah! "Panic Attack" yang menyerang saya berkurangan. Dan terima kasih juga kepada beberapa rakan sarjana yang lain yang juga berkongsi tentang pengalaman mereka ketika memulakan perjalanan mereka. Saya lega kerana rupanya bukan saya seorang yang mengalami perasaan ini.

Saya mula belajar untuk bergerak dalam kelajuan yang membenarkan saya untuk melihat kiri dan kanan, depan dan belakang. Mempelajari setiap pengalaman yang datang. Atas nasihat juga, saya menyediakan satu jurnal refleksi untuk saya rakamkan perjalanan yang panjang ini. Saya pasti suatu hari nanti, melihat kepada muka pertama jurnal, saya pasti boleh mengenali betapa jauhkah perjalanan, perubahan dan juga penambahbaikan yang telah saya alami.
Berpeluang untuk hadir ke seminar Asean Economic Community di Oxford University


Semoga terus istiqamah dan gigih.


Mike
Bristol, UK.


No comments:

Post a Comment