Solat Jumaat di bumi Asing

Masyarakat Islam di UK ni ganjil!

Itu perkara pertama yang terlintas di fikiran saya selepas mengunjungi Al Baseera Central Mosque. Sebenarnya singgah di Masjid ini untuk solat selepas perjalanan jauh dari Southampton. Sahabat saya Sophan dan isterinya begitu baik utk menumpangkan saya sehari di rumah mereka sebelum menghantar saya ke Bristol.

Apa yang ganjil? Kejadian yang ganjil bagi saya adalah apabila masjid ini tidak membenarkan wanita untuk menggunakannya kecuali pada hari ahad. Ganjil kan? Itu saya tak pasti kenapa, tapi itulah yang berlaku dimana isteri sahabat saya tidak dibenarkan masuk untuk solat. Permerhatian saya rata-rata masyarakat muslim di masjid ini bukannya orang tempatan.
Gambar di Bristol Central Mosque

Jumaat pertama di Bristol ini, pada mulanya sbb tak tahu, mmg niat untuk tidak sembanyang Jumaat (Maaf jangan hantar kilat). Tapi takdir saya, ditemukan dengan seorang rakan dari Malaysia yang juga berasal dari kampung halaman saya Sabah. Dia menemukan saya kepada ruang solat jumaat yang rupanya ada di dalam halaman universiti. Rupanya Kesatuan Pelajar atau Student Union UoB ada menyediakan ruang untuk pelajar muslim. website*

Menghadiri Solat Jumaat di Students Union adalah pengalaman yang menarik. Selepas masuk waktu saya selesai solat sunat dan duduk menunggu sambil melihat sekeliling. Rata-rata adalah pelajar antarabangsa dan kelihatan beberapa muka agak kemelayuan (mungkin Malaysia, mungkin Indonesia). Saya tidak sempat berkenalan dengan sesiapa pada hari itu. Penantian agak panjang dan kelihatan semua muka tenang. Saya tidak pasti siapakah yang akan membacakan khutbah jumaat.


Muka kariah kelihatan lega apabila seorang pemuda masuk, ternyata dia adalah imam dan juga khatib kami pada hari itu. Dia meminta maaf kerana kelewatan disebabkan oleh mesyuarat di pejabat. Dia memulakan khutbah dengan menceritakan mengenai suasana dunia masa kini. Menarik.. Khutbah Jumaat ini sama seperti suatu yang saya dengar di Osaka dan juga di Indonesia suatu ketika dulu. Lebih kepada bercerita tentang masa kini, yang sedang berlaku depan mata dan sedikit merujuk kepada zaman nabi. (agaknya 20 cerita lampau 80 cerita kini).


Jumaat kedua di Bristol juga saya ke Students Union, kali ni orang lain pula yang memberikan khutbah, mode yang sama.. bercerita dan mengkaitkan tentang cabaran-cabaran sebagai musafir yang sedang menghabiskan pengajian. Saya teka dia ni mesti pelajar juga.

*Bristol Central Mosque. *Cerita hari lain
Dan dengan bangganya saya umumkan, ini adalah suatu yang ganjil bila saya betul-betul menghayati dan mendengar khutbah jumaat, secara 100%.. Walau ketika di Mekah dulupun, khutbah jumaat saya kurang dengar (sbb bahasa). Dan 2 kali juga linangan air mata (yang saya sembunyikan) mengalir ketika khutbah disampaikan. Agaknya inilah yang dikatakan penghayatan. Mungkin jua linangan kerana khutbah tersebut mengurangkan sedikit beban di hati.

Sampai di sini saja, akan saya sambung di lain hari. *Sedang demam selsema agaknya sbb jalan kaki dalam sejuk ketika jalan2 di Cardiff.





MIKE.


Tanggungjawab baru sebagai wakil pelajar.





No comments:

Post a Comment