Kita
sering mendengar kata-kata “Jodoh pertemuan adalah takdir yang tentukan oleh
Tuhan”. Ini adalah pernyataan yang sangat tepat untuk saya sepanjang beberapa
bulan terakhir persediaan saya untuk bercuti belajar.
Antara
sedar atau tidak, ketika dijemput untuk menyertai pasukan Pejabat Naib
Canselor (PNC), perkara pertama yang saya katakan adalah “saya akan bercuti belajar
bukan September 2014 dan tak banyak yang boleh saya sumbangkan." Namun ini tidak
menghalang PNC untuk menjemput saya menyertai pasukan ini.
Takdir
menentukan saya menangguh pengajian untuk bercuti belajar dengan menggunakan
pinjaman pendidikan Mara (Cuti Tanpa Gaji), dan saya ditawarkan untuk cuti belajar
bergaji penuh jika saya boleh bersabar lagi setahun dan pergi pada September
2015. Tawaran yang sangat lumayan dan saya mengambil keputusan untuk memilih pergi pada tahun 2015.
![]() |
Sidang Editorial Majalah Aspirasi |
Maka
saya bersama dengan pasukan pengurusan tertinggi UKM ini bermula Mei 2014.
Kembali kepada jodoh pertemuan tadi, bila saya imbas kembali ke zaman saya mula
belajar di UKM (2004), Canselori merupakan pejabat yang saya banyak berurusan
ketika menerima jawatan editor Majalah Aspirasi (Majalah Mahasiswa UKM). Saya
sering bertandang ke Canselori untuk urusan-urusan rasmi dan orang yang sering berurusan
dengan saya adalah kak Ila yang akhirnya menjadi rakan kerja saya di Pejabat
Timbalan Naib Canselor HEPI.

Kini
bila saya berkerja di PNC, mudah dan lancar kerana saya mengenali wajah-wajah
ini. Dan wajah-wajah ini yang banyak memberikan semangat pada saya untuk
meneruskan perjalanan saya untuk menyambung pengajian.
Ada
orang kata, buat baik lah sepanjang masa, ringankan lah diri untuk membantu,
berkenalan dan berkerjasama dengan siapa pun kerana di masa hadapan mungkin
orang-orang ini yang akan melihat dan membantu kita pula.
No comments:
Post a Comment