Saya bukan "Rabun IT"

Ketika belajar di peringkat Ijazah pertama, saya banyak melakukan kerja-kerja sampingan bagi mendapatkan sedikit duit poket ataupun sepinggan makanan percuma.

Antara yang saya lakukan adalah perkara yang berkaitan dengan komputer. 10 tahun lepas, walaupun komputer tidak lagi asing untuk kebanyakan orang, namun masih ramai yang masih di dalam kategori "rabun IT". Saya pernah mengajar seorang rakan yang pada awalnya tidak tahu cara untuk menghidupkan komputer sehingga dia boleh membaiki komputer (hardware/software).

Kemahiran ini saya gunakan untuk menampung sedikit sebanyak hidup saya di UKM. Pada mulanya saya cuma lakukan kerja-kerja ini secara sukarela. Kerja sukarela yang saya gemar lakukan adalah membantu pejabat HEP (sekarang JPPEL/PKS) untuk menyiapkan kerja-kerja berkaitan dengan komputer. Upahnya selalu adalah belanja makan. Antara kerja komputer yang saya lakukan adalah berkaitan dengan multimedia. (Powerpoint, membina video interaktif, memnghasilkan imej poster dan lain-lain). Selain daripada upah kerja multimedia ini saya lakukan kerana minat saya.

Saya telah hasilkan pelbagai "karya multimedia" sepanjang 10 tahun di UKM. Dan saya berkarya untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah :
  • Syarahan Perdana Professor
  • Rekabentuk Kad Kolej
  • Rekabentuk Baju
  • Multimedia program Universiti/Kolej/Kelab
  • Poster/banner/bunting
  • Grafik interaktif Web (adobe flash)
Jika dilihat sekarang, hampir setiap orang muda tahu menghasilkan "karya" seperti ini. Ditambah pula dengan pelbagai perisian baru yang mudah digunakan serta menyediakan template yang menarik. Jika dahulu, saya perlu memastikan tiap saat pergerakan karya diambil kira, kini komputer boleh melakukan semuanya. Dahulu bila saya berkarya, saya akan menggunakan lebih dari 3 perisian kerana tiap perisian tidak mempunyai kemudahan yang saya inginkan. Sekarang, multimedia mudah disediakan melalui platform web sekali pun, dan lebih mudah perisian di telefon pintar.

*Rasa sangat tua sekarang.

Antara Karya Lama

 
*Ok saya obses...


*Video pertama yang dibuat. ini untuk Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) ketika memegang jawatan Exco Penerbitan.




No comments:

Post a Comment