Dunia Nyata vs Dunia Maya

Kalau di dunia nyata, ada manusia yang akan membawa watak si pengadu domba, jajah cerita kepada ramai orang. Sebab dia tahu reputasi dia tak boleh melindungi dia, maka cara yang paling mudah adalah untuk berkempen. Berkempen ni ada dua cara, 1) cakap diri sendiri bagus, atau 2) cakap orang lain tak bagus. Makin ramai orang yang dijadikan tempat mengadu domba, maka makin luas kawasan jajahan dia. Maka makin ramai orang yang dia capai, makin kukuh dia yakinkan diri sendiri yang dia tu betul. Di dunia maya, seperti mana-mana industri yang lain, kepantasan adalah kuncinya. Siapa yang lebih awal mengadu domba, merintih, atau berdrama akan di lihat sebagai pihak yang benar. Jumlah kekerapan merintih itu juga menjadi indikator. Tapi yang menjadi senjata di dunia maya adalah berapa banyak penghuni maya yang "menyukai" atau "berkongsi" rintihan itu. Disebabkan kuantiti adalah salah satu kunci, maka satu industri baru bertapak di dunia maya. Pahlawan kekunci, zombie, dan pelbagai lagi gelaran yang diberikan. Kesungguhan mungkin juga berkadar terus dengan jumlah habuan.

Tapi samada dunia maya atau dunia nyata, sebenarnya reputasi yang kukuh datang dari pengiktirafan dari orang lain. Buat apa letih berkempen kalau dah yakin diri tu benar.

No comments:

Post a Comment