12 tahun, 2 generasi berbeza

Saya membesar zaman Komik.
Dari Doraemon saya belajar tentang teknologi akan banyak membantu dan menyenangkan. Dan dalam masa sama membantu saya untuk berangan2 yang kreatif. Sampai sekarang saya masih nak tunggu saat Pintu Suka Hati jadi kenyataan.


Komik Mutiara Naga mengajar saya bagaimana berkuasa pun, hati kena baik. "Keep your friends close and your enemies closer". Nampak tak macam mana Goku begitu baik bagi ruang pada musuh2 dia yang akhirnya insaf.

Komik Misteri Naga mengajar bahawa Ilmu tu penting, kena berguru. Nak dapat ilmu tertinggi kena "step by step". Pedang Pantas Cara Avan cuma akan sempurna bila genap Dai belajar pencak-pencak Pancung Tanah, Pancung Ombak dan Pancung Langit. Dan lepas dah belajar dari Guru, tidak bermakna ilmu tu sudah sempurna, tambah baik lagi ilmu tu dengan benda-benda lain yang dipelajari. Dai cipta Pedang Pantas Halilintar yang mana lebih baik dari ajaran asal guru dia.

Walaupun buku2 komik tu banyak gambar dan kurang teks, banyak yang saya pelajari dengan cara membayangkan bunyi atau fikiran watak2 yang tidak ditulis dialognya.

Budak zaman millennium ni lagi hebat, buku-buku yang mereka baca penuh dengan teks, tiada gambar. Tebal!! Dan mereka akan menggunakan imaginasi untuk menggambarkan apa yang mereka baca kepada bentuk drama dalam fikiran. Kalaubyang malas, kena tunggu buku keluar dalam bentuk drama petang.

Saya umur 12 tahun baling kayu ke udara dan sambut sambil buat gerakan pedang pencak pedang.
Budak sekarang umur 12 tahun, pandang langgit tunggu bakal suami jatuh dari langit.



No comments:

Post a Comment