Bandar kaya yang miskin..

Kejadian bulan Mac lepas..

Sedang beratur di JayaGrocer.. Terdengar kanak2 menangis di belakang, nampak gadis kecik mungkin umur 7-9 tahun memeluk tin nestum menangis.
mak dia macam memujuk.. 

Sebab saya seorang yang penyibuk, saya ke arah berdekatan dan memasang telinga. Si Mak sedang memujuk anaknya kata "mak kena beli lampin adik, tunggu gaji mak beli nestum ye".
Si anak kecik sememangnya mungkin tidak faham tentang perlunya wang untuk berbelanja. Saya sewaktu kecik dulu pernah mengamuk/menjerit di tengah pasaraya kerana hasrat untuk membeli kereta mainan tidak ditunaikan.
Dijadikan cerita, saya beli tin nestum tu dan kejar si Mak dan berikan kepada si kecil. Mak dia cuba menolak, tapi kata saya takpa sbb saya mmg tak minum nestum, membazir kalau saya bawa balik.


Kejadian semalam..

Sedang saya membeli sedikit barang di JayaGrocer, tiba2 seorang wanita menyapa, dihulurnya nota ringit oren. Mula2 agak keliru, ingat wang tercicir. Kakak tu kata untuk nestum tempohari, nak tolak tapi kakak tu nampak bersungguh untuk membayar semula.
Ini bukan kejadian pertama, bulan puasa tahun 2012 saya pernah terlihat seorang mak cik agak berumur cuba memasukkan satu tin susu bayi ke dalam baju. Dia cemas dan dengan muka sedih letakkan semula dan kata, "jangan report ye dik, cucu lapar di rumah". Saya hulurkan 50 untuk mak cik tersebut.

Dua kejadian ini berlaku di Bangi, bandar yang saya kira cukup mewah dan pendapatan purata isi rumah pasti dalam kategori mewah.
Saya pernah merasai hidup serba kurang, tapi saya selalu dibukakan mata untuk melihat banyak lagi yang lebih susah.

Saya kagum bagaimana kuatnya seorang mak sanggup buat apa saja untuk anak-anak.
Saya juga kagum bagaimana seorang yang hidup dengan mengira kalendar bayaran gaji tiap bulan tidak ingin berhutang, ingat untuk membayar berbanding dengan insan-insan yang lebih beruntung yang lupa atau lebih teruk tidak mengendahkan hutang.
p/s: ada orang pernah kata, makin banyak duit orang tu sebenarnya makin banyak hutang dia. (hutang rumah, hutang kereta, hutang bini no 2, 3, 4....
— looking for the meaning of life.


No comments:

Post a Comment