Peringkat ke- 2 Majlis Konvokesyen UKM

Assalamualaikum,

Syukur alhamdullilah jalan saya dipermudahkan oleh Allah SWT dan diberi peluang untuk naik ke pentas dan menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2 November 2014. Sedikit coretan ringkas dari saya mengenai jalan 2 tahun menyambung pengajian sambil berkerja.






Konvo.. Belajar.. Konvo..

Ketika membuat permohonan untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana pada tahun 2012, niat saya ketika itu sangat mudah dan ringkas. Ceritanya, majlis konvokesyen bagi Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2008, saya sambut tanpa keluarga disisi. Tanpa ibu dan bapa dan juga arwah mama besar. Ketika mengisi borang permohonan untuk mengikuti pengajian di GSB-UKM, fikiran saya sangat mudah.. saya dah kerja, saya nak habiskan belajar dan mahu ibu dan bapa saya berpeluang hadir ke majlis konvokesyen saya.

Saya ingat masa itu Pengarah PHA Prof Salina ada bertanya, "awak nak belajar ni ada niat nak sambung sampai peringkat PhD untuk jadi pensyarah ke" saya jawab "Tidak, saja nak luangkan masa hari Sabtu"
Sekarang jalan itu berubah, saya (InsyaAllah) akan menyambung pengajian di peringkat seterusnya pada tahun hadapan. Namun yang masih sama, saya belum ada niat lagi untuk menjadi pensyarah.


Kelas.. Kerja..Kelas

Jujurnya, cabaran untuk belajar sambil bekerja memang berbeza, ketika Isnin hingga Jumaat saya berkerja (Pagi PHA, Malam KAB). Hari Sabtu dari jam 8 pagi hingga 6 petang diluang untuk kelas dan hari Ahad untuk siapkan tugasan kelas dan seterusnya menyediakan diri untuk mula berkerja di hari Isnin. Dalam masa yang sama juga tugasan di PHA melibatkan perjalanan rasmi ke luar negara yang saya sentiasa cuba pastikan untuk balik ke Malaysia hari Jumaat agar dapat hadir ke kelas pada hari Sabtu.

Cabaran masa belajar sambil bekerja memang menarik, sepanjang pengajian pelbagai pengalaman dan cabaran yang saya hadapi termasuklah terpaksa menanguh 1 semester kerana cuti sakit selama 3 bulan untuk pembedahan lutut.




Cabaran.. Jalan... dan penyelesaian

Cabaran baru adalah perkara yang biasa sepanjang pengajian. Malah sudah menjadi kebiasaan, sehingga jika tiada cabaran akan rasa bosan. Cabaran-cabaran yang ada buatkan saya lebih matang, tegar dan (mungkin)kebal .

Selain dari Surah Al-'AlaqRamai yang memberikan sumbangan bagi memastikan kejayaan saya menggengam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan. Penghargaan tertinggi saya berikan kepada :

  • Ibu bapa saya kerana memberi restu dan kebenaran.
  • Adik-adik saya yang sanggup menggantikan saya untuk menanggung beban kewangan di kampung sepanjang saya menjalankan pengajian.
  • Majlis Agama Islam Selangor untuk biasiswa penuh bagi yuran pengajian saya.
  • Prof Salina yang menandatangani kebenaran untuk menyambung pengajian saya.
  • Prof Imran yang masih memberikan sokongan walaupun saya tahu tiap hari Sabtu tugasan pejabat (jika ada) saya terpaksa tinggalkan.
  • Rakan-rakan PHA yang banyak memberi sokongan.
  • Dekan, Pensyarah dan Kakitangan GSB yang sentiasa memberikan tunjuk ajar.
  • Suasana sekeliling UKM samada organisasi,alam flora fauna mahupun infrastruktur yang terus memberikan saya jalan.
  • Dan tidak lupa juga kepada arwah mama besar yang telah memberikan saya mata untuk melihat kepentingan pendidikan. Saya ingat dari umur saya 3 tahun, mak cik saya yang tidak mempunyai keupayaan penglihatan ini yang banyak memberikan sokongan kewangan dan dorongan untuk saya terus belajar.


Tidak lupa juga kepada semua yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung yang mungkin saya tidak sebutkan dalam warkah ini. Sesungguhnya hanya Allah saja yang akan membalas segala jasa yang telah diberikan.

Jalan yang saya akan hadapi (dengan izin Allah) masih panjang lagi. Saya bersyukur kerana telahpun mendapat sokongan dari pentadbiran tertinggi UKM untuk saya menyambung ke peringkat seterusnya. Sokongan dari KPM untuk menaja pengajian saya yang seterusnya juga membuatkan saya merasakan, jalan yang Allah bina untuk saya penuh dengan bunga-bunga dan pelangi yang indah.

Semoga saya akan terus istiqamah dalam meneruskan pencarian dalam hidup yang sementara di dunia ini.

*tak larat nak taip, post yang panjang mungkin atau mungkin tidak disambung kemudan hari.

*gambar dgn ibu bapa dan adik dalam proses nak disiapkan :)

11 Nov 2014 2.00 pagi



No comments:

Post a Comment