Panggilan Panjang ~~ Long Call

8 Ogos 2014 ada pengalaman baru dalam hidup. 
Berpeluang untuk hadir ke "Long Call Day" di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Memandangkan saya selalu lalu ke kawasan ini untuk ke Asia Mind Dynamics Publika, maka tiada masalah untuk sampai. Cuma kawasan sekeliling Mahkamah Tinggi ini, peraturan untuk meletakkan kenderaan macam tak wujud langsung. Bersepah kenderaan di tepi jalan.

Jemputan untuk ke "Long Call Day" ini diterima sehari sebelum kejadian. Masa terima mesej "would u do the honour for coming to my long call day tomorrow" serius tak tau apa benda yang mesej itu maksudkan. Dalam kepala fikir "budak ni suruh saya call dia lama-lama ke?"

Sebab taknak tunjuk jakun, saya cari di wikipedia tapi tak jumpa. 
wikipedia


Cuba google, nampak banyak kata kunci chambering, lawyer dan ceremony. Maka pantas saya fikir, mesti macam konvo ni dan masa yang sama saya balas mesej akan hadir.

Secara ringkasnya, melalui pencarian di laman web dan blog "Long Call" ni adalah upacara penerimaan masuk pelajar undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara. Dalam masa yang sama saya jumpa perkataan-perkataan seperti mover (penggerak), robe (jubah) dan heel (kasut tinggi).

Sampai 30 minit sebelum majlis (tak pasti kalau tepat sebut majlis). Masuk ke dalam Mahkamah Terbuka Bahagian Dagang, tak ramai sangat orang tapi difahamkan yang akan diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara adalah sebanyak 8 orang dan salah seorangnya adalah pelajar UKM. Kalau tak silap 6 wanita dan 2 lelaki. Yang wanita dengan kasut tumit yang menambah ketinggian lebih kurang 3 inci ke atas.

Di dalam Mahkamah tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, tak boleh buat bising dan agak berprotokol juga. Majlis mula bila diumumkan semua berdiri bagi menghormati hakim masuk yang masuk. Yang menarik perhatian saya adalah pemuda yang tugasnya mengumumkan acara, suara lantang yang agak jantan dan dia pakai samaada skirt atau sarung. Jauh di depan maka kurang jelas. macam Kilt orang Scotland. Tugas pemuda ini macam juruacara majlis.
Kilt
Kilt













Majlis berjalan dengan "juruacara" ini mengumumkan nama "pelajar" yang akan "ditauliahkan" dengan nombor siri. Seterusnya ada seorang yang membacakan biodata "pelajar", memperkenalkan ibubapa pelajar dan seterusnya mengumumkan bahawa semua prosuder dan dokumen yang perlu untuk menjadi peguam telah disempurnakan. Mungkin ini yang dipanggil "mover". Selesai perkenalkan ada tiga orang yang duduk di bahagian "defendant" menyatakan tiada halangan atau setuju. Bila 3 "no objection Yang Arif" diterima. "Master" dijemput untuk menyarungkan jubah kepada pelajar yang telah menjadi "peguam". Itu yang saya faham dari pemerhatian majlis tersebut, mungkin banyak yang kurang tepat. Menarik majlis ini, macam penganugerahan Anugerah Diraja pula. 

Cuma terfikir, boleh tak selepas "mover" ni memperkenalkan "pelajar", "defendant" tidak menyokong. Atau tiba-tiba seorang dari yang hadir berdiri dan sebut "Objection Yang Arif!!!". Pasti jadi Drama menarik kan. Hahaha..

Lepas selesai semua pelajar ditauliah, hakim memberikan sedikit ucapan. Menarik hakim ni memberikan contoh zaman lalu (Shakespeare) dan contoh zaman sekarang (Kim Kardashian) dalam kata-kata nasihat dia. Kemudian hadirin semua diminta keluar dan peguam yang baru ditauliahkan bersama ibubapa diminta untuk berjumpa dengan hakim. Mungkin nak bagi kata-kata semangat atau nasihat kot. 

Dan seperti mana-mana majlis di Malaysia, ada makan FREE. Dari bacaan blog, dinyatakan tradisi di sesetengah tempat (Kelantan dan Johor) untuk pelajar menyediakan jamuan untuk hadirin. Yang kat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ni tak pasti pula, macam katering je...

Itu pengalaman baru saya minggu ini. Menarik juga profession seorang peguam ni. Protokol dan tradisi. Kepada yang baru secara rasminya menjadi Peguambela dan Peguamcara semalam, TAHNIAH diucapkan. Semoga lebih banyak menyumbang kepada masyarakat dan Negara.

Untuk Adik Fatin, 4 tahun di UKM pasti banyak mengajar tentang profesion yang dipilih ini dan juga tentang kehidupan di dunia luar. Luar dari zon selesa, bercampur dengan pelbagai ragam manusia. Dan percayalah 9 bulan "diseksa" semasa membuat latihan sebagai seorang peguam, jangan kira berapa banyak kali perkataan "saya nak berhenti" yang disebut. Semalam telah membuktikan "bangun" itu lebih penting dari mengingatkan sakitnya jatuh. Semoga terus cemerlang di masa akan datang. :)




No comments:

Post a Comment