Nasi putih, telur dadar 2 dan kicap

Setelah lebih kurang sebulan Kafetaria Pengkalan Selera di KAB ditutup sempena bulan puasa, saya berkunjung semula untuk rutin yang biasanya dibuat sekurang kurangnya 2 minggu sekali.

"Jun, menu biasa" Jun(lelaki) ni nama panggilan salah seorang pemuda dari Indonesia yang bekerja di kafetaria ini. Dia sudah biasa dengan "menu biasa" yang saya jadikan rutin. Jika dulu sekitar tahun 2004 - 2008, ini menu yang selalu saya minta pada Syuk atau Maniam. Syuk dan Maniam mungkin tidak perasan menu yang saya selalu minta ini,kerana ketika itu saya cuma pelajar dan "baru" menghuni KAB.

Semalam Jun bertanya "kenapa abg selalu minta menu ni"?
MFM : "selalu ke?"
Jun : "selalu seminggu sekali juga abg order"
Saya senyum dan jawab, "saya rindu menu ni, mungkin menu ini buat saya ingat selalu siapa saya"
Dia garu kepala..

Pernah juga ada pelajar yang tanya kenapa saya order menu ni. Apa yang istimewa?
Apa yang istimewa dengan Nasi putih, Telur dadar 2 dan kicap. (Tiada sayur pls)

Ketika masuk ke UKM dulu, saya bukanlah seorang yang cukup dari segi kewangan, hutang pengajian tidak pernah habis bayar. 6 bulan selepas konvokesyen baru selesai yuran pengajian saya.
Makanan seperti ayam penyet, Nandos, KFC dan banyak lagi bukan lah menu yang dirasai selalu. Bila duit pinjaman masuk barulah merasai sikit menu-menu "mahal" ini.

KFC? Pengalaman masa kecil, KFC adalah makanan yang "paling istimewa" mungkin setahun sekali dirasai. Jika dapat pasti akan simpan untuk lauk hari esok seperti takut sangat tiada peluang lagi merasainya.

Di UKM, jauh dari kampung halaman, pengalaman "mencatu duit" untuk hidup sangat berharga. Semakin hujung semester, semakin hilang peluang merasai nasi berlauk, dan makanan ruji adalah nasi + kuah (walaupun saya mmg tak suka kuah). Kicap lebih sedap dari kuah kurma atau kuah ayam masak merah.  Berapa harga yang perlu dibayar? nasi putih (banyak) dan kuah saya cuma perlu bayar RM 1 ketika itu.



Maka itulah cerita Nasih putih dan Kicap. Dari mana datangnya telur dadar 2?

Salah satu bab dalam kehidupan di kampus saya adalah ketika cuti. Semua orang balik, saya selalunya tinggal di kolej saja. Kalau cuti panjang, memang seoranglah ceritanya.
Ada satu cuti yang tidak saya lupakan, ketika itu cuti hari raya, semua balik ke kampung halaman masing-masing. Hujung semester, duit memang dicatu. saya ke kafetaria dan lauk yang dihidang hampir habis. Tak ramai pelajar dah, maka chef masak sikit sahaja. Maka saya ambillah Nasi Putih, dan simbah kicap. Bukan tiada lauk lain, kuah2 dah kering yang tinggal cuma sayur. Saya tak makan sayur.

Saya ke kaunter, Maniam di situ.
Maniam: "adik hari ni last buka tau, semua mau raya. Cuti satu minggu."
MFM: "mana mau cari makan?"
Maniam: "tak tau, Bangi pun mesti kosong"
MFM: "takpalah bang, saya tinggal saja sini"
Maniam: "ni saja? tidak mau lauk? takpa saya belanja hari ni, 2 biji telur, laki mesti ada 2 kan?" (dalam kepala saya, siot gak pakcik ni, tapi dia nak belanja, senyum je lah) "mau rebus atau goreng?"
MFM: "buat dadar kosong, tannak sayur, tannak bawang"

Lepas seketika, dia bawa telur dadar 2 kosong. Dan jumlah yang perlu dibayar. RM1.

"Kejap dik, nah ni roti, bukan ada budak dah sini, ambillah, banyak kedai tutup, kedai cina di KTM tu mungkin cuti 2-3 hari juga"
Dia hulurkan roti susu saiz jumbo. Terharu dan terima.

Dan itulah makanan paling mewah saya ketika duit betul2 tinggal 1 angka. Dan sangat nikmat dan enak sekali menu itu.

Dan roti susu saiz jumbo itu? Itulah bekalan saya selama 3 UKM bercuti dan rasanya tiada pelajar dan staff pun yang ada di kampus.


Nasi putih, telur dadar 2 dan kicap masih enak sehingga sekarang. Juga sebagai santapan rohani untuk saya tidak lupa asal-usul saya suatu masa dulu.

1 comment:

  1. Apabila kita snts mengingati diri ini...siapa kita sbnrnya...Allah akan snts disamping kita dlm menempuh hidup ini...smoga Allah permudahkan perjalanan hidup anda di dunia utk persiapan akhirat kelak...

    ReplyDelete