Ramadan ke-4 2014

Tengok "post" kali terakhir bulan April 2013. Wow, bersawang...

Dalam "draft box" ada 4 article yang tidak disiapkan, mungkin belum masa untuk dipaparkan di blog ini.

Kali ini kisah tentang Ramadan yang ke 4 dalam hidup. kali ini agask singkat rasanya, mungkin kerana kesibukan dan juga banyak perkara yang berlaku sepanjang ramadan ini membuatkan masa rasa cepat berlalu.

Banyak perkara yang saya syukuri, anugerah dan hadiah yang dikurniakan oleh Allah swt.

Antara perkara, perkara yang berlaku sepanjang ramadan ini adalah, persediaan cuti belajar.

Pada akhir bulan Mei lepas, saya mendapat berita gembira bahawa permohonan pinjaman MARA yang saya pohon pada Feb telah diluluskan. Dalam masa yang sama juga permohonan untuk menyambung pengajian di Durham University telah diterima. Syukur impian untuk menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi dipermudahkan.

Sepanjang minggu pertama ramadan saya isi dengan persediaan untuk sambung belajar. Permohonan cuti tanpa gaji di UKM, Ujian IELTS, dan keperluan-keperluan lain MARA.

Di bulan ramadan juga keluarga saya  diuji degan kehilangan saudara terdekat iaitu pak cik saya Francis@Kuibol Lobiun. Pakcik ini yang lebih mesra di panggil "papa muda" banyak membantu ketika kami adik beradik menyambung pengajian. Saya ingat kegembiraan kami adik beradik setiap kali dia datang bertandang ke rumah selain daripada "wang saku RM5" yang sering dihulurkan untuk kami adik-beradik. Semoga dia lebih tenang di sana.

Kehilangan papa muda membuatkan saya berfikir panjang tentang niat untuk sambung belajar. Meninggalkan keluarga selama 3 tahun dengan cuti tanpa gaji pasti akan memberikan cabaran yang lebih untuk adik-adik saya yang ada disini.

Tidak sampai seminggu, pada 15 Julai saya menerima surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang permohonan biasiswa HLP Hadiah Latihan Persekutuan diluluskan. satu lagi berita gembira. Biasiswa cuti bergaji penuh!!!

Agaknya ini lah jawapan kepada doa saya. Doa dari insan yang jauh sekali dari definisi sempurna.

Saya lihat peluang yang diberi oleh KPM ini adalah peluang bagi saya untuk menyambung pengajian dan dalam masa yang sama membantu keluarga.

Dipendekkan, saya terima biasiswa HLP tersebut dan pengajian ke Durham University ditangguh ke sesi 2015/2016.

Ramadan sentiasa istimewa untuk saya. Cuma saya masih lagi mencari kegembiraan di bulan Syawal yang secara jujurnya saya belum temui hingga hari ini.

2 comments: