Allah dan Aku

Saya bukan penulis. Malah penggunaan Aku dan Saya pun tak pasti nak gunakan mana satu.
Saya bukan pengkaji sejarah mahupun sarjana dalam bidang sejarah.
Saya juga bukan seorang Mualim, Imam muda, dan juga pengkaji mahupun pakar hadis.
Saya adalah manusia biasa yang pentingkan diri sendiri dan percaya pada logik.

Ketika menaip artikel pendek ini, saya tidak mengunakan apa2 rujukan yang ada; internet, encik google, blog2 agama mahupun artikel2 copy-paste yang terlalu banyak di Internet dan laman sosial. Apabila terlalu banyak ustaz2, iman2 muda mahupun pakar sejarah EXPRESS di internet, saya memilih untuk jadi prejudis dan tidak mempercayai mana2 sumber yang ada secara langsung, cuba untuk memahami konsep pendapat dan percanggahan pendapat, cuba untuk bersetuju dalam tidak setuju.

Oleh itu, sesiapa yang membaca artikel ini, sila kosongkan jiwa dan bacalah dengan penuh "bona fide".
Sebarang pendapat dialu-alukan, pendapat dengan prejudis atau tanpa prejudis akan diterima. Dan sesiapa yang berminat untuk memberi komen, saya mungkin akan atau tidak akan membalas komen anda kerana tujuan asal artikel ini bukan untuk menidakkan segala konsep dan pendapat yang telah ada tetapi hanyalah untuk meluahkan logik yang terbuku di hati.

Seperti pada tajuk, arktikel ini akan mengupas pandangan saya mengenai Isu penggunaan Allah oleh agama lain dan juga dalam Kitab Injil/Bible Kristian. Pandangan yang saya berikan selalunya lebih mudah dilakukan secara lisan, tetapi memandangkan muka tidak begitu komersial untuk membuat VLOG seperti MatLufti, maka saya lakukan secara penulisan.

Berkenaan isu Allah ini, saya akan agihkan kepada beberapa bahagian 

1) Pergerakan Kristian di Sabah.
2) Kitab Bahasa Melayu
3) Logik akal

Sebelum itu saya akan nyatakan pendirian saya tentang isu Allah. Secara peribadi, saya tidak nampak adanya halangan bagi penggunaan perkataan Allah atau dalam transilasi Arab kepada melayu bermaksud "Tuhan". Namun dalam Isu semasa ini, iaitu permintaan dari pemimpin DAP untuk menggunakan "Allah" dalam Bible saya kurang setuju. 

Mungkin ada yang keliru dengan kenyataan di atas. Saya akan terangkan secara terperinci, TERUSKAN MEMBACA.

Isu ini seingat saya timbul setelah ada dakwaan bahawa wujudnya BIBLE dalam bahasa Melayu. Untuk dakwaan ini, MEMANG BENAR BIBLE DALAM BAHASA MELAYU WUJUD. Malah saya ada satu naskah bible ini pada saya. Dan saya pasti ramai rakan-rakan kristian dari Sabah juga mempunyai salinan bible versi bahasa melayu ini.

Pergerakan Kristian di Sabah

Untuk pengetahuan semua, Gereja-Geraja kristian di Sabah menjalankan upacara sembayang dalam  bahasa Melayu, Kadazan, dan Inggeris. KENAPA BAHASA MELAYU? Untuk memahami kenapa, kita hendaklah tahu yang pergerakan dakwah kristian banyaknya datang dari Indonesia. Dan kerana itulah untuk peringkat awal dakwah kebanyakan sumber yang datang adalah dari Indonesia.

Dan apabila gerakan kristian semakin aktif, kristian Bumiputera mula menjalankan inisiatif untuk menerbitkan transilasi kitab ke bahasa kadazan. ini kerana ada berpandangan bahawa penggunaan bahasa kadazan dalam mengajar tentang agama kristian kepada kaum kadazan adalah lebih mudah. "Pendidikan Awal adalah Lebih Mudah Dengan Menggunakan Bahasa Etnik Sendiri" INI TERBUKTI.

Tapi bagi mereka yang belajar di sekolah kebangsaan(seperti saya), penggunaan bahasa Melayu adalah lebih mudah, maka dengan itu pembelajaran awal saya tentang kristian juga menggunakan Kitab dalam bahasa melayu.


Adakah Allah digunakan dalam semua Kitab kristian di Sabah?
TIDAK.
Kitab bahasa inggeris menggunakan "GOD"
Kitab bahasa Kadazan menggunakan "Kinoingan"
God dan Kinoingan bermaksud Tuhan atau dalam bahasa Arabnya "Allah"


Kitab Bahasa Melayu


Kembali kepada kitab Bahasa Melayu. Ianya wujud, dan dimiliki oleh orang-orang Sabah yang berhijrah ke semenanjung (Belajar, Kerja, Berniaga). Dan jika ada orang-orang Melayu (Semenanjung Malaysia) inginkan, boleh dapatkan di Sabah. Pasti ada!!!

Ketika bulan pertama tiba di semenanjung malaysia, saya dan juga rakan-rakan kristian lain yang sudah biasa menjalankan upacara sembanyang minggu dalam bahasa melayu atau bahasa kadazan mendapat kesukaran kerana di semenanjung, sembayang minggu dijalankan dalam 3 bahasa sahaja. Iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Tamil. Amat sukar sekali ketika itu.


Dan difikirkan secara logik, YA.. Betul JUGA KAN? Mesti tiada dalam bahasa melayu kerana tiada permintaan. Balik kepada Konsep Bahasa pendidikan awal tadi, yang berbangsa India belajar dengan kitab bahasa Tamil dan yang berbangsa Cina dalam bahasa Mandarin. Dan dalam pengetahuan saya, tiada gerakan aktif oleh kristian dari Sabah atau Indonesia untuk mengadakan gereja yang menjalankan sembayang dalam bahasa Melayu. Jika ada pasti ia menjadi tempat berkumpulnya rakan-rakan kristian Sabah dan juga Indonesia. (Di Semenanjung Malaysia)

Logik akal


Berdasarkan kepada 2 isu yang saya telah terangkan tanpa merujuk kepada mana-mana sumber sejarah mahupun hadis saya akan simpulkan di perenggan seterusnya. Sebelum itu saya tegaskan sekali lagi, penerangan yang saya buat adalah tanpa merujuk kepada sejarah2 timur tengah mengenai dakwaan "KRISTIAN DI TIMUR TENGAH PUN MENGGUNAKAN "ALLAH" YANG MERUJUK KEPADA TUHAN MEREKA" atau mengenai dakwaan yang berdasarkan mana-mana hadis yang menyatakan "ALLAH ADALAH UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA". 

Pandangan ini berdasarkan logik, saya adalah tidak berminat untuk copy-paste artikel orang lain dan menyatakan pandangan mengenai Isu ini dan kerana itulah juga saya menggunakan pengalaman saya membesar untuk mengupas ISU ini. 

Jika kita rujuk tuntutan penggunaan "ALLAH" dalam Kitab Kristian, cuba ingat kembali siapa yang membuat tuntutan ini? Seingat saya 2 individu yang kuat dalam melaungkan tuntutan ini adalah YB KARPAL SINGH dan YB LIM GUAN ENG. Seorangnya berbangsa India dan seorang lagi berbangsa Cina. Nampaknya kedua-dua individu ini adalah pejuang Bahasa Kebangsaan jika benar tuntutan ini ASLI. Kalau ya, saya berpandangan bahawa Wakil Cina dan India ini menyatakan bahawa anak2 mereka telah bsedia untuk mempelajari mengenai Agama Kristian ini dengan menggunakan bahasa MELAYU dan bukannya bahasa Asal mereka. Jika Benar TAHNIAH!!!
Maksudnya Tuntutan2 lain mengenai pendidikan melaysia menggunakan bahasa Etnik Masing-Masing sudah tidak relevan lagi.

"JIKA yang membuat permintaan tersebut adalah orang Melayu, saya tiada masalah mahupun bantahan."
Saya membantah secara halus mengenai tuntutan ini kerana saya percaya bahawa tujuan tuntutan agak terpesong. Mungkin bukan untuk kaum sendiri, tapi untuk mereka yang berbangsa Melayu. (sekali lagi ini cuma pandangan)

Artikel ini bukan tujuan politik dan juga tujuan melekehkan sesiapa. Untuk berlaku adil saya sentiasa menyatakan "Saya benci/sayang semua orang dengan sama rata". Cuba sama-sama kosongkan minda daripada menyokong mana-mana artikel copy-paste dan cuba menggunakan kekuatan LOGIK AKAL yang telah dikurniakan kepada Manusia. Ya, Manusia berbeza dengan haiwan. Jika haiwan yang berjaya untuk menghafal/meniru (Copy-Paste) perbuatan dikatakan bijak. Manusia sepatutnya lebih dari itu, manusia sepatutnya menerima, mengkaji dan juga menambahbaik ILMU yang ada.

p/s:
! Penulisan tanpa henti, malas nak semak kesilapan ejaan.
! Rahat, If you need translation for this article, please let me know. I think you should polish your Malay language anyway. :p


Rakan dari Kazakhstan yang berminat berbincang tentang isu ini.



1 comment: