Masjid Osaka : Jalan yang lurus


Banyak yang boleh diceritakan tentang Osaka. Jika diizinkan akan diceritakan kemudian. Catatan ini adalah perkongsian pengalaman ketika mencari jalan ke Masjid Osaka.
Hadapan Masjid Osaka


  1. Salah satu kemestian yang akan saya lakukan ketika di luar negara adalah melawat masjid negara tersebut. Terutamanya negara yang mempunyai masyarakat Islam minoriti. Selain daripada melihat monumen tinggalan sejarah, museum, dan sudah tentu juga ke Hard Rock Café untuk koleksi baju.

  2. Setiba di Osaka, jadual dipenuhi dengan perbincangan dengan Osaka University of Economic and Law. Rakan di OUEL begitu seronok mengaturkan perjumpaan saya dengan pentadbir-pentadbir university termasuklah presiden dan pembantu Presiden OUEL. Ini berlalu hingga kepada makan malam. Maka Jumaat tamat begitu sahaja.

  3. Hari sabtu diluangkan untuk melawat Kyoto, bandar bersejarah. Tempat di mana banyak tinggalan lama seperti Kuil-kuil, istana-istana, museum dan juga taman-taman. Akan diceritakan kemudian jika berkesempatan. Balik agak lewat malam menaiki keretapi terakhir.

  4. Petang hari Ahad menerima pelawaan dari Chris Kerr, seorang rakan dari OUEL untuk melawat ke rumahnya. Selain itu juga memandu dan menikmati permandangan di kawasan luar bandar. Sehingga lewat malam lagi. Di waktu pagi mencuba untuk meluangkan masa ke Masjid Osaka, namun gagal menemui jalan.

  5. Hari Isnin, hari terakhir. Nekad untuk ke Masjid Osaka. Dalam masa yang sama cuba untuk ke Hard Rock Café.
    Cerita bermula di sini, 1 ke 5 boleh diabaikan. Apa yang akan saya catatkan adalah panduan untuk ke Masjid Osaka dan diselitkan dengan pengajaran yang saya dapat dari pencarian ini.

  6. Awal pagi Ahad. Mengikut masa, saya sepatutnya gerak ke tempat Chris jam 1.30. Saya keluar jam 10 pagi, maka ada hampir 3 jam untuk mencari Masjid Osaka. Berpandukan kepada maklumat yang didapatkan dari laman web osakamasjid.info, saya bergerak ke keretapi dan melalui Osaka Namba ke stesen Dekijima. Ingin ke stesen Chibune (yang lebih dekat dengan masjid) tetapi tidak tahu caranya.
     
  7. Setiba di Dekijima kira-kira jam 11 pagi, tempat itu kosong. Dengan hanya berpandukan tulisan pada peta keretapi Kansai (bijak sangat konon) saya cuba untuk mencari destinasi. Hampir 2 jam mencari, tidak dijumpai. Dari Stesen Dekijima bertanya pada Orang-orang jepun yang tidak tahu lansung bahasa Inggeris dan mungkin juga tidak mengenali Masjid. Tidak berhasil. Berjalan mencari stesen terdekat untuk ke tempat Chris, sbb sesat jauh dari stesen Dekijima. Akhirnya jumpa Stesen Chibune. Mengikut maklumat sepatutnya masjid dekat sahaja (6 minit berjalan) dengan stesen itu. Jam menunjukkan jam 1. Cuba untuk mencari, hampir 30 minit tidak berhasil.  Bergerak ke tempat Chris, usaha gagal. Cuba hari esok pula.
     
  8. Malam Ahad sebelum tidur, baca semula maklumat di web Osakamasjid.info. PDFkan semua maklumat ke dalam IPAD 2. Sebab sudah tahu bagaimana ke stesen Chibune. Maka PDFkan panduan google map dari chibune ke masjid Osaka. Nak guna google on Iphone 4S dengan IOS6 yang baru tidak kesampaian kerana roaming Data untuk Celcom agak mahal. Maka adalah peta dalam IPAD.
     
  9. Bangun awal pagi, bersarapan dengan Park dan Bae. 8.30 siap berkemas, kembalikan kunci dan terus bergerak ke dari Stesen Yamamoto ke Osaka Namba menggunakan Kitetsu Line (290 yen).  Dari Namba, ambil subway Midojiri Line untuk ke Stesen Umeda (230 yen). Dari Umeda saya dapatkan locker untuk menyimpan beg-beg di depan Hankyu New Hotel. (mudah sikit sebab bas ke lapangan terbang di hadapan locker)
     
  10. Dari Umeda, bergerak ke Hanshin Umeda Line untuk ke stesen Chibune. (180 yen). Dengan berpandukan peta google yang kaku (tanpa Assist GPS) saya cuba ke destinasi. Alamat, maklumat web, dan laluan mengikut googlemap ada dalam IPAD. Yakin!! Ada bahan rujukan. Pusing punya pusing tidak juga dijumpai. Siap berhenti di hospital bertanya sambil menunjukkan alamat. Tidak berjaya. Rupanya mereka tidak faham maklumat dalam perkataan Roman.
     
  11. Kecewa. Cuba pusing 2-3 kali tempat yang sama. Dari jam 11 hingga jam 12 tidak berhasil. Memasang telinga mengharapkan bunyi Azan. (solat zohor jam 11.51 pagi). Hingga jam 12.30 barulah mengambil keputusan untuk membuat panggilan pada senarai nombor yang diberi di laman web.
     
  12.  Cuba menghubungi Abdullah Bhai (Bhai=brother) menggunakan simkad yang disewa di Kansai Airport (100 yen sehari). Gagal. Masuk voice mail, agaknya lah. Sebab yang menyambut panggilan adalah suara wanita yang bercakap tanpa menyahut soalan.
     
  13. Cuba menghubungi Ashraf Bhai. Saya melihat kepada senarai yang boleh berbahasa inggeris sahaja. Berjaya. Dia menyatakan kedudukan saya kini jauh dari Masjid. (mana mungkin!! Saya ikut peta ni). Dia menasihati saya untuk balik semula ke stesen chibune dan dia akan bagi arahan satu persatu. Melihat jam yang menunjukkan hampir jam 1.(saya perlu bergerak ke lapangan terbang jam 2 + keinginan untuk ke Hard Rock Café) Saya berkata kepada dia cuba bagi arahan melalui tempat saya sekarang (chome 5). Dia kata Chome 5 jauh dah dari masjid (Chome 4). Saya kata tak apa saya cuba juga.
     
  14. Pusing-pusing, sampai ke Chome 1 pula. Saya lihat telefon ada misscall dari Ashraf Bhai (agaknya tak dengar sbb letih). Saya telefon semula dan beritahu saya di Chome 1. Di pula kat jauhhh sangat sudah tu. Dia suruh saya kembali ke stesen. Kali ini saya akur. Dia dalam perjalanan ke stesen chibune, cuba tengok sekeliling.
     
  15. Berjalan ke arah stesen chibune. Jarak antara Chibune dan Masjid kira-kira 1 km. Jarak saya dengan stesen (setelah sesat) rasanya dalam 3 km. Nasib baik ambil keputusan untuk membuat panggilan untuk panduan. Dan pilihan bijak untuk mengikut kata Ashraf Bahi untuk cuba balik ke laluan awal.
     
  16. Sampai saja di satu simpang. Baru perasan bentuk bangunan yang kelihatan lain dari lain. MASJID OSAKA!!! Rupanya tak perlu lalu pusing-pusing. Jalan LURUS sahaja boleh sampai jika MATA dibuka betul-betul bagi melihat.
     
  17. Sampai akhirnya. Ambil wudhu, naik ke kawasan solat. Kedengaran azan berkumandang. Telefon berdering lagi, Ashraf Bhai bertanya adakah saya jumpa jalan sebenar (dia benar-benar cuba membantu walaupun komunikasinya dalam bahasa inggeris agak kurang). Saya berkata saya sudah di dalam Masjid, dia lega dan beritahu bolehlah solat jemaah sebab mereka solat jam 1.
     
  18. Solat sunat. Berjumpa dengan Imam masjid. Rupanya dialah Abdullah Bhai. Solat berjemaah bersama. Bercerita seminit dua dan saya meminta diri. Dia mengajak untuk makan tengahari bersama, tetapi waktu hampir jam 2 dan saya perlu bergerak ke lapangan terbang. Mungkin lain kali.


 Begitulah bagaimana manusia boleh sesat jika beberapa perkara yang tidak diambil perhatian.

  • Pengetahuan umum sahaja dari internet tidak memandai.
  • Dah mula serius dengan perincian dan membuat salinan sebagai panduan. Namun masih sesat.
  • Walaupun bertanya dengan orang yang disangkakan faham tentang peta (orang jepun). Mereka bukan orang yang betul-betul memahami apa yang ingin dicari yakni Masjid.
  • Cari panduan dari orang yang betul-betul tahu. Ashar Bhai memang selalu ke masjid tersebut, maka sepatutnya tak perlu tanya orang yang tak tahu, sepatutnya terus hubungi Ashraf Bahi dari awal.
  • Ashraf Bhai dah bagi nasihat, tempat tu dah jauh sangat. Tapi sebab benda-benda yang ingin dikejar (masa, hard rock café) ingin juga cuba jalan sendiri. Akhirnya makin jauh sesat.
  • Tidak salah untuk mula semula jika telah membuat kesilapan. Dengan panduan yang betul. Orang yang betul. Mesti boleh jumpa.
  • Buka mata pandang sekeliling, cari kelainan. perbezaan harus diambil perhatian dan bukannya asyik melihat benda yang sama skemanya.
  • Kenapa nak jalan pusing-pusing kalo jalan yang lurus ada dihadapan.


2 comments: