APA ASPIRASI SAYA?


  1. Seringkali ada yang bertanya, kepada siapakah sokongan saya? Saya akan menyatakan saya menyokong mereka yang bersama ASPIRASI MAHASISWA. (rujuk kepada tulisan En Anwar Ahmad http://anuar-ahmad.blogspot.com/2012/09/aspirasi-ukm-milik-semua-mahasiswa-ukm.html)
  2. Pengalaman saya ketika belajar kira-kira 8 tahun yang lalu, saya menyokong kuat kepada sekumpulan pelajar yang saya lihat sebagai IKON, yang saya percaya boleh memberikan imej baik kepada UKM. Saya memilih calon yang saya percayai.


Pernah ada yang mengetuk bilik dan berkempen (penyokong dan bukannya calon)
dia berkata “sokongkah pergerakan kami, pergerakan kami menyokong Islam”
Ketika itu saya berkata “saya bukan Islam”
Senyap seketika…
Saya berkata lagi “so apa yang boleh wakil kamu buat untuk saya?”
Dia berkata “Sorry ye.. silap orang…”
dan dia berlalu pergi


Kejadian sama cuma kali ini berlaku di fakulti.
Wakil calon “kita akan pastikan agenda melayu terjaga, pihak satu lagi sanggup mengorbankan ini demi niat berkuasa”
Saya: “bang, saya bukan melayu, boleh saya keluar?”
Senyap saja.. tanpa respon..
saya berlalu keluar.

Lucu tapi memang berlaku. Bila calon dan penyokong kepada calon sendiri tidak jelas apa yang diperjuangkan.

Saya menyokong kepada ASPIRASI UNIVERSITI. Sesiapa yang ada bersama universiti (rujuk penyataan 1) turut bersama saya.

Ayuh MERAH kita sokong ASPIRASI UNIVERSITI
Ayuh JINGGA kita sokong ASPIRASI UNIVERSITI
Ayuh KUNING kita sokong ASPIRASI UNIVERSITI
Ayuh HIJAU kita sokong ASPIRASI UNIVERSITI
Ayuh BIRU kita sokong ASPIRASI UNIVERSITI
Ayuh NILA kita sokong ASPIRASI UNIVERSITI
Ayuh UNGU kita sokong ASPIRASI UNIVERSITI

Tiada istimewa pilihan warna. Cuma pilihan berdasarkan warna pelangi dengan formula yang diingat Mat Jenin Ke Hutan Bawa Nasi Ulam. (harap tak silap) 

No comments:

Post a Comment